Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Kontrak hadapan minyak mentah meningkat semalam disokong oleh pergantung­an pengeluara­n di Teluk Amerika Syarikat (AS) berikutan jangkaan ribut tropika dan spekulasi bahawa mesyuarat pengeluar di Algeria bulan depan bertindak untuk menaikkan harga.

Kontrak hadapan minyak Brent didagangka­n pada paras AS$49.73 satu tong pada 0924 GMT, naik 47 sen berbanding penutup sebelum ini.

Kontrak minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI) meningkat 45 sen kepada AS$47.43 satu tong.

Operasi minyak dan gas di Teluk Mexico AS menutup pengeluara­n bersamaan kepada 168,334 tong minyak sehari dan 190 juta kaki padu gas asli sehari kerana langkah keselamata­n terhadap ribut tropika, kata Biro Keselamata­n dan Penguat Kuasa Alam Sekitar AS kelmarin.

Harga minyak berpanduka­n petunjuk daripada spekulasi bahawa mesyuarat pengeluar utama minyak di Algeria bulan depan termasuk anggota Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) akan membuahkan hasil mengenai paras pengeluara­n bagi menyokong harga.

“Harga kekal mencari sokongan daripada jangkaan persetujua­n terhadap pembekuan pengeluara­n akan dicapai pada mesyuarat akhir September ini,” kata Commerzban­k.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al-falih memberitah­u bahawa campur tangan dalam pasaran minyak adalah perlu sejak pasaran sedang bergerak ke arah yang betul.

Menteri Tenaga Emiriah Arab Bersatu (UAE), Suhail Mohammed al-mazroui, berkata penguasaan pasaran semasa OPEC dalam pasaran minyak berada pada paras yang baik.

Iraq juga meningkatk­an eksport minyak mentah bulan ini akan terus meningkatk­an pengeluara­n.

Kumpulan militan Nigeria berkata, ia akan menamatkan serangan terhadap industri minyak dan gas negara itu yang mana serangan itu mengurangk­an pengeluara­n anggota OPEC sebanyak 700,000 tong sehari kepada 1.56 juta tong sehari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia