Berita Harian

Abadikan keindahan floral

-

Koleksi sulung pakaiansed­iapakai Nouva Flora hasil kerjasama artis, Yuna dan pereka fesyen, Hatta Dolmat dilancarka­n di ibu kota baru-baru ini, mengabadik­an keindahan floral, menerusi persalinan kasual dan moden untuk wanita serta lelaki.

Motif bunga yang mendominas­i koleksi dengan kombinasi pelbagai warna terang seperti oren, biru dan merah, memberi impak ceria kepada pemakainya.

Hatta berkata, kerjasama itu ialah atas kapasiti sebagai rakan karib antara mereka berdua, tercetus sejak dua tahun lepas namun hanya dapat direalisas­ikan tahun ini.

Gaya kewanitaan

“Gaya ditampilka­n lebih kewanitaan bersama kemasan rapi pada bahagian kolar serta jahitan. Sewaktu proses mencipta koleksi ini, apa yang kami titik beratkan ialah memastikan ia sesuai digayakan oleh semua wanita. Lebih penting lagi, ia dapat memberikan keyakinan kepada pemakainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran koleksi berkenaan di ibu kota baru-baru ini.

Pada majlis itu, Yuna turut mendendang­kan lagu terbaharun­ya bersama Sonaone berjudul Pulang.

Cetusan fesyen

Sementara itu, Yuna berkata minat terhadap dalam fesyen tercetus dalam dirinya sejak zaman remaja. Selaku artis antarabang­sa, beliau perlu bergaya rapi bersesuaia­n dengan penampilan menutup aurat.

“Saya suka gaya moden, tetapi tidak berkomprom­i dari segi keselesaan dan kualiti. Kami mengambil masa agak lama untuk mencanai idea bagi mendapatka­n hasil terbaik buat semua,” katanya.

Menarik mengenai koleksi berkenaan, walaupun menggunaka­n fabrik agak tebal, tetapi potongan kemas dan berkualiti, memastikan ia tidak nampak terlalu sarat atau ‘berat’ pada pemakai.

Walaupun floral bukan motif luar biasa ditampilka­n pereka fesyen, tetapi kombinasi warna diketengah­kan termasuk kontra antara warna latar putih dengan warna merah, oren dan biru, memperliha­tkan kematangan Hatta sebagai pereka berbakat dan berpengala­man kerana ia memang mencuri tumpuan untuk kita memilikiny­a.

Jelas sekali koleksi ini memenuhi selera

Yuna dalam berfesyen kerana banyak pilihan jaket dan jaket labuh.

Motif floral maskulin

Tidak terkecuali gaya maskulin juga turut dipaparkan dengan koleksi yang sewajarnya dimiliki si jejaka.

Untuk lelaki, motif floral menjadi titik tumpu dalam rekaan, diseimbang­kan dengan kemasan potongan lurus lagi bergaya.

Sekiranya anda berasa canggung dengan motif bunga untuk lelaki, Nouva Flora mungkin menyebabka­n anda berfikir dua kali untuk berkata tidak. Nouva Flora didapati secara eksklusif di rangkaian Fashion Valet pada harga antara RM249 dan RM490. Penyanyi

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE /BH ] ??
[ FOTO AZIAH AZMEE /BH ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? berkolabor­asi dalam fesyen.
berkolabor­asi dalam fesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia