Berita Harian

Peka kehendak pasaran

-

Perkembang­an industri fesyen terutama dengan adanya acara minggu fesyen seperti Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), Minggu Fesyen Malaysia dan Festival Fesyen Islam (IFF) antara fesyen yang praktikal dan komersial. Konsep perniagaan meraih pulangan paling lumayan. Ia perlu bagi mereka yang mahu menceburka­n diri dalam industri fesyen, faham tentang ekonomi pasaran tempatan.

Pereka perlu menyediaka­n diri dengan sebanyak mungkin kepakaran perniagaan dan kemahiran yang boleh mengimbang­i karya kreatif mereka.

Industri ini bukan hanya berkiblatk­an glamor sematamata, tetapi ia sebenarnya memerlukan kerja keras, kesabaran, ketabahan, pengetahua­n dan kefahaman yang mendalam mengenai bagaimana industri ini berkembang serta bergerak.

Pereka perlu sentiasa bersedia dengan kehendak pasaran. Trend dan cita rasa sentiasa bertukar. Industri fesyen terlalu banyak saingan, anda mungkin jadi pilihan dan popular pada bulan ini tetapi jika anda gagal menarik perhatian atau menghasilk­an sesuatu yang hebat, anda mungkin dilupakan.

Hubungan baik

Berdasarka­n temuramah dengan mereka yang berjaya dalam industri ini, kejayaan dalam industri ini bertitik tolak daripada usaha mengekalka­n hubungan komunikasi yang efektif dan baik sama ada dengan rakan sekerja atau pelanggan.

Ketajaman intuisi terhadap fesyen dan kepekaan terhadap keindahan alam sekeliling secara umumnya menjadi inspirasi, kunci utama kejayaan pereka.

Rekaan yang bagus tidak sekadar mengikut kata hati sematamata, tetapi merangkumi kehebatan penyelidik­an, uji kaji, inspirasi dan kecekapan mentafsirk­an aliran yang bakal jadi ikutan berdasarka­n perubahan demografi, tingkah laku dan gaya hidup manusia.

Analisis ini memberi gambaran atau ramalan rekaan yang mungkin diperlukan oleh pengguna pada masa depan.

Memacu usaha ke peringkat global

Pasaran di Malaysia agak kecil, setiap pasaran ada had atau batasnya. Oleh itu, terpulang kepada pereka untuk mengetahui kekuatan pasaran, meningkat, menambah dan menghasilk­an sesuatu yang boleh memberi faedah serta manfaat untuk semua.

Paling penting, kita seharusnya terus memacu usaha untuk menjadi pencetus trend global dalam memartabat­kan fesyen dengan identiti Malaysia yang tulen.

 ?? [ GAMBAR HIASAN] ??
[ GAMBAR HIASAN]
 ??  ??
 ??  ?? Pereka perlu menyediaka­n diri dengan sebanyak mungkin kepakaran perniagaan.
Pereka perlu menyediaka­n diri dengan sebanyak mungkin kepakaran perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia