Berita Harian

Beg untuk aktiviti luar

-

Masyarakat hari ini gemarkan aktiviti luar seperti berbasikal, mendaki gunung dan larian bagi membantu meningkatk­an tahap kesihatan.

Namun, tidak lengkap melakukan aktiviti ini tanpa kelengkapa­n dan aksesori seperti beg, botol air dan sebagainya.

Justeru, jenama beg Osprey yang mempunyai kepakaran menghasilk­an beg bersesuaia­n dengan aktiviti luar, menawarkan pilihan untuk pengguna.

Pengarah Sports Connection,

Terrey Lee, berkata keunikan beg galas ini adalah reka bentuknya yang dicipta khas untuk tidak terlalu membebanka­n pemakainya.

Beliau berkata, apabila dipakai, ia meletakkan beban di atas pinggul dan bukannya pada bahu mahupun bahagian belakang tubuh, sekali gus memberikan keselesaan apabila dibawa ke mana-mana.

“Beg ini turut dilengkapi bingkai beg aluminium yang mengikut tubuh anda supaya lebih selesa dibawa dan tidak berat,” katanya.

Beri keselesaan

Tali beg berkenaan boleh diubah suai bagi membantu memberi keselesaan. Selain itu, ia juga tidak mempunyai stress point iaitu beberapa bahagian pada beg yang membebanka­n ketika bergerak.

“Beg lazimnya tidak menitikber­atkan hal ini dan ia boleh mengakibat­kan kesakitan dan ketidaksel­esaan sewaktu melakukan aktiviti. Kaedah betul adalah 80 peratus beban perlu dialihkan pada pinggul untuk menampung beban, manakala 20 peratus lagi pada bahu bagi memberikan sokongan,” katanya.

Beg ini mempunyai juga mempunyai rekaan pelbagai warna khusus untuk wanita.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia