Berita Harian

Koleksi figura Swarovski hadiah hari istimewa

-

Swarovski menawarkan pelbagai pilihan koleksi figura menarik yang sesuai untuk dijadikan hadiah sempena hari istimewa orang tersayang atau menambahka­n keindahan pada kediaman anda.

Koleksi Crystal Nature dengan pelbagai bentuk haiwan mungkin dapat mengaitkan memori atau pengalaman peribadi anda dengan keunikan alam semula jadi.

Koleksi Mickey & Minnie terus menjadi karakter paling digemari sejak Swarovski bekerjasam­a dengan Disney pada 2005 selain menjadi dua ikon yang paling dikenali.

Koleksi Mother Nature turut memaparkan keunikan ukiran hidupan liar dan hidupan laut dalam pelbagai kristal berwarna.

Inspirasi cinta

Koleksi Hello Kitty antara yang mendapat perhatian sebagai hadiah paling ideal terutama untuk memenangi hati generasi muda.

Diinspiras­ikan daripada cinta dan romantika, Brilliant Heart antara pilihan klasik yang menjadi simbol cinta universal. Ukiran bentuk hati kristal jernih ini antara yang paling digemari dalam koleksi Swarovski.

Selain mampu menyerlahk­an keindahan kediaman anda, ia boleh dijadikan hadiah perkahwina­n, ulang tahun mahupun kepada buah hati tersayang.

Tidak ketinggala­n Kris Bears yang juga menjadi koleksi pilihan sebagai simbol cinta atau persahabat­an yang mungkin sesuai untuk menyatukan dua hati.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia