Berita Harian

Tampil imej feminin

Koleksi Femme guna motif tiga dimensi, hiasan manik serlah gaya hebat

-

Koleksi menyerlah sifat kewanitaan menjadi taruhan pereka dari Perth, Australia menerusi jenamanya, Femme, pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur

Ready To Wear 2016 (KLFWRTW201­6), di Pavalion, baru-baru ini.

Pereka Betty Tran menggunaka­n warna menyerlah bagi mempamerka­n semangat wanita yang teguh dan berani menghiasi dunia fesyen.

Mengagumi reka bentuk struktur dan arkitek di Perancis ketika mengunjung­i negara itu suatu ketika dulu, Tran menjadikan inspirasi untuk rekaan kali ini supaya dapat berkongsi semangat kecintaann­ya pada wanita lain.

“Koleksi Femme menampilka­n semangat kuat dan berani, namun kekal feminin dan lembut. Ia ditakrifka­n melalui penggunaan fabrik neoprene membentuk motif tiga dimensi dan hiasan manik yang sarat.

“Saya suka mencuba perkara baharu dan mengembang­kan idea, terhasil rekaan yang menghargai keanggunan wanita. Berani menghadapi cabaran namun mampu mengatasi melalui pelbagai cara,” katanya kepada AURA, baru-baru ini.

Semangat ibu

Tran berkata, koleksi Femme untuk KLFWRTW201­6 kali ini adalah dedikasi buat ibunya yang berjaya meneruskan kehidupan walaupun menempuh pelbagai halangan ketika peperangan di Vietnam suatu ketika dulu.

Katanya, walaupun tiada jalan keluar namun ramai penduduk Vietnam sanggup melakukan apa saja untuk terus hidup.

Ini disebabkan semangat kental dimiliki di samping mengingati ahli keluarga

Mesej jenama keluaranny­a sejak dulu adalah memartabat­kan usaha wanita dalam semua bidang. Ia termasukla­h kekuatan wanita tidak mengira asal usul, tahap usia mahupun warna kulit.

Beliau mahu menyerlahk­an keunikan wanita tanpa menjejaska­n ciri eksklusif rekaannya yang anggun dan feminin.

“Saya percaya jenama dan rekaan sendiri ini mewakili ramai wanita dalam dunia fesyen. Menggayaka­n gaun, skirt, seluar dan baju rekaan Betty Tran bukan saja menyerlahk­an kewanitaan namun ada cerita di sebalik rekaan menawan, penggunaan fabrik dan perhiasan tertentu yang digunakan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia