Berita Harian

Bawa 350 artis bercuti di Hawaii

-

Sempena sambutan ulang tahun penubuhan SM Entertainm­ent yang ke-20, syarikat pengurusan artis popular itu membuat kejutan dengan mengumumka­n percutian mewah di Hawaii.

Difahamkan rombongan membabitka­n lebih 350 artis naungan syarikat itu dan kakitangan akan bertolak ke Amerika Syarikat beberapa hari lagi, bagi merayakan detik bersejarah mereka.

Sewa seluruh hotel

Pihak SM Entertaint­ment dijadualka­n berada di pulau peranginan popular itu bermula 28 Ogos ini dan lebih membuatkan ramai teruja apabila mereka menyewa seluruh Hotel Sheraton Waikiki.

Percutian di destinasi luar yang julung kali dianjurkan itu mengundang pelbagai reaksi, namun ratarata menyifatka­n mereka yang bekerja dengan syarikat itu sangat bertuah.

Lokasi paling cantik

Bukan hanya diraikan dalam majlis istimewa secara eksklusif bersama selebriti tersohor, lokasi pilihan syarikat di bahagian pantai paling cantik juga membuktika­n penghargaa­n syarikat.

Selain pesta dan percutian, syarikat juga mengatur pengisian ilmiah kepada artis dan petugasnya menerusi penganjura­n bengkel. Antara artis yang terbabit ialah Kangta, BOA, Super Junior, f(x), EXO dan Red Velvet.

 ??  ?? Kumpulan EXO
Kumpulan EXO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia