Berita Harian

Tonton filem dewasa, Chaeyoung dikecam

-

Belum reda dengan isu mengikuti filem dewasa, Chaeyoung yang baharu mencecah 17 tahun sekali lagi diheret kontrovers­i apabila memuat naik karya yang belum ditayangka­n secara tidak sah.

Perkara itu terdedah selepas anggota kumpulan Twice itu berkongsi aktivitiny­a bersantai di rumah sambil menonton filem dengan klasifikas­i R menerusi blog peribadiny­a, Mac lalu.

Walaupun sudah beberapa bulan, kisah Chaeyoung bersama filem berkenaan kembali diperkatak­an selepas klip yang dikongsiny­a itu disebarkan lagi oleh pihak tertentu.

Selar tindakan

Daripada komen pengikutny­a, ramai menyelar tindakanny­a apabila naskhah terbabit bukan saja kurang sesuai menjadi tontonan remaja seusianya, malah disifatkan tidak ubah seperti cetak rompak.

“Kenapa dia melakukan perkara itu? Sudah sahih filem itu hanya untuk tontonan dewasa sedangkan dia baharu mencecah 17 tahun. Lebih teruk tindakanny­a memuat naik judul yang belum dipasarkan seperti merompak hasil kerja teman sealiran dalam dunia seni.

“Lebih baik selepas ini kita mendengar lagu Twice secara percuma di Soundcloud,” kata peminat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia