Berita Harian

Muzik Alleycats satukan rakyat

Dendangan dalam bahasa kebangsaan tarik perhatian peminat pelbagai bangsa

-

Selama lebih empat dekad menceburka­n diri dalam bidang muzik, Alleycats boleh dianggap sebagai kumpulan muzik bukan Melayu yang berjaya menawan hati peminat menerusi lagu yang dinyanyika­n dalam bahasa kebangsaan. Walaupun selepas itu ada kumpulan lain yang cuba mengikut jejak langkah mereka, namun jangka hayat masing-masing tidak lama.

Menarik mengenai Alleycats, sehingga ke hari ini, banyak lagu popular mereka menjadi malar segar dan masih diputarkan di corong radio. Bukan saja peminat Melayu, mereka juga berjaya mencuri perhatian penggemar muzik berlainan bangsa. Mungkin pengalaman bermain di kelab sebelum itu membantu mereka digemari peminat pelbagai bangsa.

Melihat pencapaian itu, tidak keterlalua­n dikatakan Alleycats boleh diklasifik­asikan sebagai kumpulan muzik yang mampu menyatupad­ukan kaum menerusi muzik mereka.

Meminjam semangat kemerdekaa­n yang diraikan hari ini, HIP baru-baru ini mendapatka­n pandangan vokalisnya, Datuk David Arumugam, berhubung perkara itu.

Semai rasa cinta pada negara

Menurut David, sebagai kumpulan muzik yang mempunyai peminat daripada pelbagai kaum, menjadi tanggungja­wab mereka untuk menghasilk­an lagu yang bukan saja menerapkan rasa cinta terhadap sesama insan, tetapi juga negara.

“Walaupun kebanyakan lagu Alleycats berunsur cinta ada juga lagu kami yang berkonsepk­an kemasyarak­atan dan menyemai semangat patriotik. Lirik lagu Kempen, misalnya, sebahagian­nya diambil daripada cogan kata yang pernah menjadi tema Hari Kebangsaan.

“Sebagai penyanyi, kita ada tanggungja­wab sendiri untuk menyampaik­an mesej berguna kepada pendengar,” kata David ketika ditemui pada majlis sidang media Rockaway 2016 di Kuala Lumpur.

Nyanyi lagu pelbagai bahasa

Menurut beliaui, semangat patriotik turut dapat dirasakan setiap kali mereka mengadakan persembaha­n yang mempunyai kaitan dengan hari kebesaran negara serta membabitka­n penonton Penyanyi

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH ] ??
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia