Berita Harian

Pupuk cinta di Amerika Selatan

Nabila hanya dapat bercuti dengan suami tercinta selepas 10bulan berkahwin

-

Selepas lapan bulan mendirikan mahligai bahagia, akhirnya wanita ini berkesempa­tan juga merencana percutian bulan madu bersama suami tercinta. Sebelum ini, kesibukan kerja menghalang­nya merancang percutian mereka berdua.

Pelakon, Nabila Huda, berkata dirinya dan suami, Mohd Izwan Johar, 32, bersepakat untuk tidak terburu-buru berbulan madu sebelum ini kerana masingmasi­ng tidak mempunyai tarikh cuti serentak.

Lantaran, Nabila yang mesra disapa Abil berkata, mereka kini sedang merencana percutian bersama pada Oktober depan bagi meraikan ikatan cinta yang dibina Disember tahun lalu.

“Saya dan suami sepakat untuk berbulan madu ke Amerika

Selatan pada Oktober depan, selepas saya selesai menjalani penggambar­an filem.

“Saya memang tidak terburu-buru untuk bercuti bersama-sama kerana kami mahukan percutian yang berkualiti bagi menenangka­n fikiran serta berkasih sayang antara suami isteri,” katanya saat ditemui

baru-baru ini.

Tak tertekan soal cahaya mata

Nabila, 31, berkata, beliau juga tidak tertekan memikirkan soal zuriat bagi perkahwina­n baharunya itu kerana percaya semuanya terletak pada ketentuan Yang Maha Pencipta.

Anak kepada penyanyi rock terkemuka, Amy Search, itu berkata beliau tidak kisah meskipun mengakui berdepan dengan soalan mengenai anak selepas mendirikan rumah tangga bersama Izwan.

“Biasalah, orang memang suka bertanya. Saya tidak ada masalah, cuma semua ini adalah rencana Tuhan. Jadi, tidak timbul soal kami bersedia atau tidak.

“Kalau ada rezeki, itu adalah sesuatu kurniaan yang pasti diharapkan oleh semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Jadi, sempena percutian bulan madu nanti, ia menjadi waktu paling sesuai untuk menyemai cinta bersama,” katanya tertawa.

Syukur dapat suami penyayang

Bercerita mengenai alam rumah tangga selepas lima tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, Nabila berkata, beliau beruntung kerana mendapat suami yang penyayang dan menyokong dirinya.

Katanya, si arjuna hatinya sentiasa membimbing dan menjadi teman bicara paling memahami, malah turut menjadi teman karib anak tunggalnya, Keisha Laila.

“Syukur kepada

Allah dengan rezeki dan kurniaan berharga ini. Saya sentiasa berdoa agar kami kekal bahagia hingga detik akhir nafas kami,” katanya.

Lakon watak wartawan

Mengulas mengenai kerjaya lakonannya,

Nabila yang diakui antara pelakon hebat negara berkata, beliau bakal berkampung selama lebih sebulan di dalam hutan bagi menjayakan filem Tombiruo, adaptasi karya novelis terkenal Ramlee Awang Murshid.

Menariknya menurut beliau, dalam filem itu dirinya membawakan watakwarta­wanyang menjalanka­n penyiasata­n untuk mengetahui siapakah lelaki misteri dalam hutan berkenaan.

“Bagi saya, watak ini juga mencabar kerana perlu beraksi di dalam hutan, selain berlari dan melakukan beberapa aksi lasak.

“Mengenai cara kerja wartawan, saya memerhati kerjaya rakan media setiap kali bertemu dengan mereka bagi memastikan apa yang saya bawakan nampak betul,” katanya.

Calon pilihan FFM28?

Nama Nabila juga disebutseb­ut sebagai calon untuk merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 pada September ini menerusi filem pecah panggung, Munafik.

Ketika ditanya kepada empunya diri, beliau mengakui teruja dan bersyukur kerana namanya berada dalam calon finalis anugerah berkenaan.

“Saya memang menantikan saat ini dan sejujurnya tidak berani meletakkan harapan terlalu tinggi. Bagi saya, setiap nama yang dicalonkan ada peluang masing-masing.

“Saya serahkan pada rezeki dan kalau memang berpihak kepada saya,makaiaakan­jadi milik saya. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Akuinya, beliau memang memberikan

100 peratus komitmen bagi menjayakan watak dalam Munafik dania menjadi antara pengalaman berharga sepanjang bergelar pelakon.

Dalam naskhah terbabit, Nabila cemerlang sebagai wanita yang menderita apabila menjadi mangsa perjanjian syaitan oleh bapanya sendiri.

 ??  ?? Nabila Huda, Pelakon HIP, Nabila Huda bersama Mohd Izwan.
Nabila Huda, Pelakon HIP, Nabila Huda bersama Mohd Izwan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia