Berita Harian

‘Tidak adil nilai si kecil’

Bintang jelita didik anak secara seimbang, tidak lupa bahasa ibunda

-

Tidak pernah sedikitpun terlintas di sudut hati wanita jelita ini untuk membesarka­n puteri kesayangan dalam ruang hidup yang eksklusif. Malah, jauh sekali dirinya ingin membentuk permata hatinya menjadi anak bandar yang tidak betah dengan kehidupan kampung seperti asal-usulnya.

Bagi Erra Fazira, sebagai ibu, beliau mahu Engku Aleesya, 7, membesar seperti kanak-kanak biasa yang menempuh rutin hidup persis dirinya ketika kecil, termasuk pandai bergaul dengan sesiapa juga.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan Aleesya seorang yang tidak bercampur dengan orang lain atau menjadi terlalu urban. Saya mahu dia tahu mengenai kehidupan, tidak kira di kampung mahupun bandar.

“Kami insan biasa yang sama dengan orang lain. Tidak timbul isu yang dibangkitk­an ini,“katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ambil masa untuk mesra

Primadona filem Melayu alaf baharu ini berkata, buah hati kesayangan­nya itu seorang yang pendiam, tetapi suka berkawan. Biasanya, Aleesya akan mengambil masa sebelum mula mesra dengan seseorang.

“Dia ada mewarisi sifat pemalu bapanya dan saya. Jadi, kata orang kena ambil masa dulu. Lama-lama memang akan rancak berkawan,” cerita Erra tertawa.

Mengenai hal yang dibangkitk­an oleh netizen kononnya Aleesya tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik, seperti yang bertebaran di laman sosial baru-baru ini, Erra menguntum senyum penuh makna.

Beliau berkata, tidak adil untuk khalayak menilai anak kecil seperti Aleesya dengan sewenangwe­nangnya. Sedangkan, kanak-kanak itu masih dalam proses tumbesaran.

“Saya bercakap bukan kerana Aleesya anak saya, tetapi secara umum kerana kanakkanak membesar secara berperingk­at-peringkat.

“Saya akui memang saya berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris dengan Aleesya, tetapi tidak bermakna saya lupakan terus bahasa ibunda saya. Saya memang sentiasa berusaha untuk menyeimban­gkan semua perkara, termasuk bahasa,“katanya.

Beri pendidikan terbaik

Bagaimanap­un, bagi penyanyi lagu

ini, kutukan negatif pihak tak bertanggun­gjawab tidak sesekali menjadi kudis buat diri dan anaknya.

“Orang memang tidak akan berhenti bercakap. Paling penting, saya sebagai ibunya akan berusaha memberikan pendidikan dan tunjuk ajar terbaik kepada Aleesya,” katanya.

Bintang berusia 42 tahun ini akur, kehidupan selebriti seperti dirinya sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian ramai.

Erra berkata, beliau akan sentiasa memastikan anaknya membesar dengan jati diri yang kuat dan sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

“Setiap ibu bapa mengimpika­n anak yang cemerlang dunia dan akhirat, begitu juga dengan saya. Apa yang penting, kita sentiasa memberikan fokus kepada anak-anak yang membesar di depan mata,” katanya.

Suka lelaki berisi

Seperti selalu, Erra sentiasa dihambat kisah peribadi sementelah namanya dikaitkan sedang menyulam cinta bersama penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi.

Kala diajukan soalan mengenai perkara itu, dalam lirik senyum panjang Erra bagaikan sudah bersedia. Bagi empunya diri, tiada apa yang boleh dikongsi mengenai hala tuju hubungan mereka.

“Saya dan dia mengaku kami berkawan. Selebihnya sukar untuk dijelaskan dan tiada sebarang kenyataan daripada kami berdua,” katanya.

Diusik kononnya

Shahir semakin berisi, bagai ada riak terkejut pada wajah bekas ratu cantik Malaysia ini.

“Mana tahu dia semakin debab (sambil tertawa).

Ya, saya memang suka lelaki berisi,“katanya dalam nada bergurau.

Tambah Erra, beliau sendiri sudah lama tidak berjumpa dengan Shahir yang dikhabarka­n kini menetap di Kampar, Perak.

“Kali terakhir saya bertemu dengannya kirakira setahun setengah yang lalu. Saya hanya berhubung melalui Whatsapp dan telefon saja,” katanya.

Erra sempat memohon pengertian supaya kisah dirinya dan Shahir tidak terlalu dihebahkan, sebaliknya orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

Ada wangian sendiri

Sementara itu, pelakon ini kini meluaskan cabang perniagaan­nya apabila memperkena­l dua haruman dengan jenama Forget Me Not dan Loveable.

Beliau berkata, impian untuk mengeluark­an siri wangian itu hampir terkubur kerana prosesnya yang rumit dan memakan masa.

“Saya hampir batalkan niat untuk meneruskan projek ini. Syukurlah ramai yang memberikan sokongan dan ada pihak yang sudi bekerjasam­a.

“Terima kasih kepada HOT Perfume dan Lenore yang sudi menjadi rakan kongsi dan menjadikan impian saya realiti,” katanya.

 ?? [ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/ BH ] ??
[ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/ BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia