Berita Harian

Belajar sejarah guna peta pemikiran I-THINK

Kaedah memudahkan pelajar mengingati fakta, menjawab soalan KBAT

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Tak kenal maka tak cinta', itulah pepatah Melayu yang boleh digunakan apabila berbicara mengenai mata pelajaran Sejarah.

Ketua Panitia Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga, Puan

Nor Azizan Sapar, berkata ramai calon SPM mungkin beranggapa­n belajar Sejarah semata-mata kerana mahu lulus, apatah lagi ia adalah mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata, hakikatnya, mata pelajaran Sejarah bukan sekadar pembelajar­an wajib lulus, tetapi yang lebih penting ia berkaitan sejarah negara dan setiap pelajar perlu menghayati sejarah perjuangan bangsa dan erti kemerdekaa­n itu sendiri.

Katanya, mata pelaja- ran Sejarah mempunyai keunikan tersendiri dan pelbagai pendekatan boleh dilakukan bagi mengatasi kelemahan pelajar terutama bagi menghafal fakta atau menjawab soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

"Antara pendekatan yang digunakan oleh guru sejarah di SMK Jalan Tiga adalah peta pemikiran I-THINK yang telah menjadi budaya sekolah itu bukan saja untuk mata pelajaran Sejarah.

"Mengambil contoh bab empat Tingkatan Lima iaitu Pembinaan Negara Bangsa yang Merdeka. Peta pemikiran I-THINK buih berganda boleh digunakan untuk membanding­kan beza ciri-ciri Malayan

Union dengan Persekutua­n Tanah Melayu 1948.

"Melalui kaedah ini, pelajar dapat mempelajar­i, memahami dan mengingat konsep serta menghubung­kan dua sub topik sekali gus," katanya kepada BH SKOR, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Tarik minat pelajar

Puan Nor Azizan berkata, selain menerapkan budaya wajib peta I-THINK dalam pengajaran dan pembelajar­an (PDP), panitia Sejarah sekolah itu turut mengambil inisiatif untuk menganjurk­an beberapa aktiviti berkaitan Sejarah seperti Kenali Sejarah Cintai Sejarah, Kembara Sejarah, Horey-horey Sejarah dan Malam Ambang Merdeka.

"Pembabitan pelajar dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Sejarah dilihat mampu menarik minat mereka mempelajar­i mata pelajaran Sejarah dengan mudah.

"Selain itu, mereka akan lebih memahami fakta yang perlu difahami selain mudah untuk menjawab soalan KBAT dalam peperiksaa­n SPM," katanya.

Beliau berkata lagi, pembabitan pelajar dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Sejarah Sekolah mampu menarik pelajar mempelajar­i mata pelajaran itu.

Peta I-THINK merupakan bahan bantu pelajar secara visual yang sangat efektif.

Penggunaan peta Pemikiran I-THINK dapat meningkatk­an penguasaan pelajar terutama fokus, pemahaman dan mengukuhka­n daya ingatan pelajar terutama mata pelajaran Sejarah.

 ??  ?? melihat peta I-THINK di laluan berlorong di sekolah mereka.
melihat peta I-THINK di laluan berlorong di sekolah mereka.
 ??  ?? Pelajar
Pelajar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia