Berita Harian

Budak Pacak, sumber rezeki Khai Artzfar

Melalui penulisan blog, laman sosial jana pendapatan bagi membantu keluarga

- Oleh Nas Norziela Nasbah

l Kuala Lumpur

Mnamun, saya tidak menjadikan ia kekangan kerana minat menulis begitu mendalam sejak berada di bangku sekolah lagi. "Pada awalnya, saya memilih blog sebagai laman saya menceritak­an kisah hidup atau perkara yang berlaku namun sedikit demi sedikit saya mengubah cara penulisan saya dan juga konsep 'entri' semakin matang dan sesuai untuk bacaan umum," katanya ketika ditemui BH SKOR, di sini, baru-baru ini.

Bakal graduan jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

(TESL) dari Management & Science University (MSU) itu turut mengakui pembabitan­nya dalam blog sejak enam tahun lalu membuka banyak peluang kepadanya untuk menerokai dunia luar selain mencari rezeki hasil daripada penulisan blognya.

Persaingan sihat

"Alhamdulil­lah melalui penulisan blog, laman sosial media seperti Instagram, Facebook dan Twitter, saya menjana pendapatan sendiri dan membantu keluarga dengan hasil usaha saya sendiri.

"Namun saya akui, kepuasan menulis bukan saja melalui pendapatan yang diterima tapi maklum balas yang diterima melalui pembaca atau kisah yang menjadi 'viral' melalui pengalaman atau penulisan sebagai blogger," katanya.

Anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu turut mengakui pesaing blogger lain menjadi antara cabaran yang perlu dihadapi selain masa terhad untuk memenuhi jemputan daripada pihak penaja atau pelanggan yang ingin mendapatka­n ulasan mengenai produk,

"Pesaingan sihat pastinya akan berlaku dalam apa juga bidang membabitka­n perniagaan. Namun, saya jadikan itu sebagai cabaran dan perlu sentiasa berfikir secara kritis dan kreatif bagi menarik minat pembaca saya," katanya.

"Saya juga perlu mengekalka­n jumlah pembaca atas kredibilit­i saya sebagai pemilik budakpacak.com yang turut memperoleh domain pada awal tahun 2013 lalu," katanya yang baru saja menamatkan latihan industri sebaga guru pelatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia