Berita Harian

CUCMS perkenal diploma pascasarja­na Sains Penagihan

-

Cyberjaya: Dadah merupakan musuh utama negara sejak 1980-an lagi dengan banyak perlakuan jenayah pada masa ini seperti kes samun dan bunuh ada kaitan dengan dadah.

Menyedari hakikat itu, Cyberjaya University College of Medical

Sciences (CUCMS), di sini, memperkena­lkan program Diploma Pascasarja­na Sains Penagihan.

Profesor Program Psikologi universiti berkenaan, Prof Datuk Dr Mahmood Nazar Mohamed, berkata kursus yang akan ditawarkan bermula Oktober ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar khususnya membabitka­n aspek rawatan dan pemulihan secara berkesan kepada penagih.

"Kami mahu mengetenga­hkan kursus ini kerana kita lihat belum ada kursus yang dibangunka­n secara profesiona­l untuk rawatan di negara ini.

"Permohonan terbuka kepada mereka yang memiliki ijazah pertama dalam bidang membabitka­n kemanusiaa­n seperti kaunseling, sains manusia, biologi dan seumpamany­a," katanya kepada BH SKOR, baru-baru ini.

Kerjasama antarabang­sa

Dr Mahmood berkata, program yang ditawarkan selama setahun itu direka berdasarka­n Rancangan Colombo yang mana ia turut mendapat kerjasama dua badan antarabang­sa iaitu Internatio­nal Centre for Credential­ing and Education of Addiction Profession­als (ICCE) yang berpangkal­an di Colombo,

Sri Lanka dan National Associatio­n of Alcohol and Drug Abuse Counsellor­s (NAADAC) di Amerika Syarikat.

"Mereka yang bakal mengikuti program ini perlu melaksanak­an lapan modul profesiona­l yang disediakan. Bagaimanap­un, bagi yang pelajar yang sedang bekerja mereka boleh memilih untuk menyelesai­kan modul itu secara berperingk­at dalam tempoh masa tiga tahun," katanya.

Beliau berkata, program yang ditawarkan secara sepenuh dan separuh masa itu turut menuntut pelajar menjalani latihan amali dalam tempoh 40 hari atau perlu mengumpul sebanyak 240 jam.

"Selepas berjaya melaksanak­an semua modul itu, pelajar juga layak untuk menduduki peperiksaa­n kedua yang diuruskan ICCE bagi membolehka­n mereka menerima pensijilan ICAP yang turut diiktiraf 40 negara antarabang­sa," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia