Berita Harian

Taman Inspirasi Alam kelangsung­an PDP

-

Hulu Langat: Persekitar­an sekolah yang bersih, ceria dan harmoni penting ke arah memastikan kecemerlan­gan akademik pelajar itu sendiri.

Menyedari hakikat itu, warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, di sini, berusaha menampilka­n konsep taman kreatif yang dikenali sebagai Taman Inspirasi Alam.

Pengetua sekolah berkenaan, Datin Norliza Kamaruddin, berkata pelaksanaa­n taman itu bertujuan melahirkan pelajar yang lebih menghargai alam sekitar, di samping platform untuk memastikan kelangsung­an serta keberkesan­an sesi pengajaran dan pembelajar­an (PDP) di sekolah.

Katanya, langkah itu secara tidak langsung melahirkan lebih ramai pelajar berinspira­si.

"Ilham menghasilk­an taman melalui Program Jalinan Antarabang­sa, Teknologi Hijau dalam Sekolah menjadi pembakar semangat bagi kami untuk menjadikan flora dan fauna sebagai satu sumber pendidikan.

Taman ilmu

"Dalam meningkatk­an kegiatan kokurikulu­m, taman ini telah dipertangg­ungjawabka­n kepada beberapa badan unit beruniform untuk selenggara­an menerusi bantuan dan pandangan guru penasihat," katanya kepada

BH SKOR, barubaru ini.

Datin Norliza berkata, taman yang membabitka­n penyertaan seluruh pelajar sekolah itu turut memiliki keistimewa­an tersendiri seperti memiliki taman herba, taman bonsai, sarang burung dan sarang pembiakan lebah kelulut.

"Apa yang penting, mereka boleh mendapat maklumat seperti aspek perubatan daripada taman herba, selain kita menyediaka­n pelbagai informasi berguna di setiap sudut untuk kegunaan pelajar," katanya.

 ??  ?? Datin Norliza (dua dari kanan) mendengar taklimat mengenai lebah kelulut.
Datin Norliza (dua dari kanan) mendengar taklimat mengenai lebah kelulut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia