Berita Harian

Ceria, harmoni bantu kecemerlan­gan akademik

PIBG SMK Kelana Jaya sediakan insentif untuk aktiviti keceriaan

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

l Petaling Jaya

Pkelas berkonsepk­an ceria dan harmoni.

Guru Tingkatan Empat Sains sekolah berkenaan, Puan Shaliza Atikah Md Arshad, berkata disiplin dan komitmen tinggi pelajar antara faktor penting untuk memastikan hasrat melaksanak­an kelas yang kondusif dan selesa dapat dicapai.

"Tidak dinafikan kebersihan sesebuah kelas penting dalam membantu kecemerlan­gan akademik pelajar. Mereka juga perlu memiliki tanggungja wab tinggi terhadap persekitar­an kelas.

Kerjasama PIBG

"Oleh itu, saya selalu tekankan kepada pelajar mengenai kepentinga­n menjaga kelas dengan baik. Ini secara tidak langsung membolehka­n sesi PDP berjalan lancar dan sempurna," katanya kepada BH SKOR, barubaru ini.

Puan Shaliza berkata, idea dan inovasi kreatif untuk mencantikk­an kelas diilhamkan sendiri oleh pelajar kelasnya.

Beliau berkata, pemba ngunan kelas berkenaan turut mendapat kerjasama penuh daripada pihak pentadbira­n sekolah termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

"Kami bertuah kerana PIBG sekolah ini memberi sokongan padu dalam setiap program yang bermanfaat untuk pelajar.

"Insentif dana sebanyak RM100 turut diberikan kepada setiap kelas untuk membolehka­n pelajar melaksanak­an aktiviti membabitka­n keceriaan kelas," katanya.

 ??  ?? Puan Shaliza, (tengah) bergambar bersama-sama pelajar Tingkatan 4 Sains.
Puan Shaliza, (tengah) bergambar bersama-sama pelajar Tingkatan 4 Sains.
 ??  ?? Pelajar menggunaka­n sudut bacaan untuk mengulang kaji.
Pelajar menggunaka­n sudut bacaan untuk mengulang kaji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia