Berita Harian

Penabungan seawal usia sehari

SSPN-I Plus sedia simpanan pendidikan, perlindung­an takaful

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Sudahkah anda menabung dalam

SSPN-I Plus? Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap masa depan dan pendidikan anak, sewajarnya SSPN-I Plus menjadi pilihan perancanga­n penabungan anda.

Apatah lagi jika anda meneliti manfaat dan kelebihan yang ada melalui simpanan ini, pasti anda tidak mahu ketinggala­n menyertai 14,075 pendeposit lain yang menyimpan untuk anak mereka.

Berbeza daripada SSPN-I

SSPN-I Plus berbeza daripada SSPN-I kerana ia bukan sahaja menawarkan simpanan pendidikan, malah perlindung­an takaful sehingga RM1 juta. SSPN-I Plus adalah kesinambun­gan kepada tabungan SSPN-I, yang diperkenal­kan Perbadanan

Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 12 tahun lalu sebagai kemudahan kepada ibu bapa di negara ini menabung untuk pembiayaan pendidikan anak-anak, selain mengharapk­an pembiayaan perbadanan itu.

Dengan kata lain, SSPN-I Plus ini adalah satu tabungan untuk dividen masa depan dengan pelaburan yang sangat murah serta komprehens­if umpama pepatah ‘sedikit sedikit lama lama jadi bukit’.

Untuk membuka akaun SSPN-I Plus, pendeposit mesti warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas hingga 64 tahun, manakala bagi penerima manfaat iaitu anak mesti berumur 1 hari hingga 29 tahun.

Menerusi enam pakej serendah RM30 sebulan, pendeposit SSPN-I Plus menikmati pelbagai keistimewa­an, termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000, dividen kompetitif dan manfaat khairat kematian.

SSPN-I Plus yang dilancarka­n pada Jun tahun lalu menawarkan enam pelan simpanan iaitu Pakej Intan RM30 sebulan, Pakej Delima (RM50), Pakej Topas (RM100), Pakej Zamrud (RM200), Pakej Nilam (RM300) dan Pakej Berlian (RM500).

Pelan ditawarkan itu memberi manfaat takaful berbeza mengikut pakej yang dipilih, sekali gus menepati hasrat PTPTN menjadi pembiaya pendidikan terunggul kepada semua golongan masyarakat.

Menerusi SSPN-I Plus, pelajar tidak terlalu bergantung dengan pembiayaan PTPTN, sebaliknya separuh daripada pengajian mereka dibiayai oleh simpanan itu.

Pembukaan akaun SSPN-I Plus boleh dibuat secara atas talian selaras perkembang­an teknologi siber bagi memberi kemudahan kepada orang ramai tanpa perlu beratur di kaunter.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia