Berita Harian

IS cuba serang ambang Merdeka

Polis tahan tiga disyaki militan IS rancang serang malam ambang Merdeka. Turut dirampas sebutir bom tangan, sepucuk pistol dan 24 butir peluru

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Tiga suspek disyaki militan IS yang ditangkap kerana merancang serangan pada malam ambang Merdeka pada 30 Ogos lalu, dipercayai direkrut oleh Muhammad Wanndy Mohamed Jedi melalui Facebook.

Muhammad Wanndy yang berperanan sebagai ketua militan IS Malaysia di Syria, mula berkomunik­asi dengan ketiga-tiga suspek melalui laman sosial itu sejak Januari lalu.

Muhammad Wanndy yang dikenali sebagai Abu Hamzah AlFateh juga dikatakan bertanggun­gjawab merancang dan mengarahka­n tiga suspek terbabit untuk melakukan serangan.

Senjata dipercayai diseludup

“Dia turut mengatur penghantar­an bom tangan dan senjata api kepada salah seorang suspek yang ditahan itu melalui orang perantaraa­nnya di negara ini. Senjata itu dipercayai diseludup dari negara jiran,” kata sumber.

Katanya, sebutir bom tangan jenis K75, sepucuk pistol jenis CZ 2075 RAMI dan 24 butir peluru berukuran 9 milimeter (mm) yang sepatutnya digunakan dalam serangan itu ditemui selepas polis menyerbu rumah kongsi di Sungai Merab, Kajang, Selangor pada 27 Ogos lalu dan menahan seorang pemandu lori berusia 20 tahun.

Dua lagi suspek, masing-masing seorang penjual air berusia 20 tahun dan penjual daging berusia 27 tahun ditahan dalam serbuan di Setiawangs­a, Kuala Lumpur dan Temerloh, Pahang. Kedua-duanya ditahan pada 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ketiga-tiga suspek merancang untuk menyerang pusat hiburan di ibu negara, kuil Hindu di Batu Caves serta mana-mana balai dan anggota polis pada malam ambang Merdeka 2016.

Malam ambang merdeka

“Tiga suspek itu didapati menganggot­ai sel pengganas yang sama dan menerima arahan daripada Muhammad Wanndy untuk melancarka­n serangan pada malam ambang Merdeka menggunaka­n bom tangan dan senjata api.

“Mereka turut merancang menyertai kumpulan pengganas IS pimpinan Mohamad Wanndy di Syria selepas melakukan serangan,” katanya menerusi kenyataan dikeluarka­n Bukit Aman, semalam.

Katanya, semua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA - Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN PDRM ?? dengan militan IS ditahan anggota polis Bahagian Anti-pengganas Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi berasingan di Selangor, Kuala Lumpur
[FOTO IHSAN PDRM dengan militan IS ditahan anggota polis Bahagian Anti-pengganas Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi berasingan di Selangor, Kuala Lumpur
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Tiga lelaki disyaki terbabit dan Pahang, minggu lalu.
Tiga lelaki disyaki terbabit dan Pahang, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia