Berita Harian

Menabung sejak kecil jamin masa depan pendidikan anak

Rebut manfaat pelan jangka panjang

- Oleh Nadia Hamid

“Sediakan payung sebelum hujan. Tabungan daripada awal boleh menyelamat­kan masa depan pendidikan anak selain, boleh digunakan ketika kecemasan,” kata bapa kepada seorang penerima khas Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I) Merdeka 2015.

Mohd Saiful Adeli Che Zakaria, 30, berkata tabungan secara konsisten sekurang-kurangnya RM50 sebulan akan berlipat kali ganda dan memberikan banyak manfaat kepada dua anaknya, untuk jangka masa lama.

Kakitangan swasta berkenaan mengakui bersetuju dengan pandangan isterinya, Rima Melati Mat Satar, perancanga­n rapi dan tersusun menerusi tabungan dijamin kerajaan berupaya menyediaka­n peluang pendidikan terbaik, kelak.

“Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh masa yang panjang. Nasihat saya kepada ibu bapa muda yang mahu menjamin peluang pendidikan cerah pada anak, menabungla­h dari sekarang.

Tabungan dijamin

“Tidak rugi menabung untuk masa depan anak kerana bakal memperoleh manfaat lain seperti tabungan dijamin dan dilindungi takaful, pulangan dividen serta pelepasan taksiran cukai pendapatan,” katanya kepada BH, semalam.

Anak keduanya, Ammar Darwisy, 1 tahun dilahirkan pada 31 Ogos 2015, antara 250 bayi dilahirkan pada Hari Kebangsaan bertuah menerima sumbangan RM200 sebagai permulaan menabung SSPN-I.

Sementara itu, Farah Filzah Mohd Ishak, 36, yang melahirkan bayi perempuan yang ke-enam pada jam 9.31 pagi tahun lalu, Nur Alia Zafirah Noor Khuzairi, tidak ketinggala­n membuat simpanan di pelbagai agensi termasuk PTPTN.

Jamin masa depan

Katanya, langkah awal berkenaan boleh menjamin masa depan anaknya sekali gus memuji tindakan agensi tersebut menyerahka­n sumbangan khas Merdeka.

“Terima kasih kepada PTPTN. Sebelum ini, saya tidak tahu kepentinga­n menyimpan dalam tabung pendidikan daripada awal sehingga anak dilahirkan pada hari istimewa.

“Kalau tidak menyimpan sekarang, mana hendak cari duit apabila terdesak? Saya dan suami, akan pastikan enam anak kami mempunyai tabungan kewangan pendidikan masing-masing," katanya.

Selain itu, Farhamni Nawi tidak terkecuali melakukan perancanga­n sama untuk anaknya, Elzahra Zalfar Hafizal yang dilahirkan 7.25 pagi, pada hari Kebangsaan tahun lalu.

Beliau berikrar untuk menyediaka­n kemudahan terbaik buat dua anaknya, berikutan tabungan SSPN-I antara simpanan wajib untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi, nanti.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Farah Filzah Mohd Ishak
Farah Filzah Mohd Ishak
 ??  ?? Mohd Saiful Adeli Che Zakaria
Mohd Saiful Adeli Che Zakaria
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia