Berita Harian

Taman Malaysia Merdeka hiasi laman

Pasangan warga tua guna bahan terbuang bina arca ikonik

- Oleh Mohamed Farid Noh

Menghias rumah dan halamannya bagi sambutan Hari Kemerdekaa­n menjadi kemestian bagi pasangan warga tua Sarip Jonit dan isterinya, Tuminah Miskun.

Sejak 56 tahun lalu, pasangan ini tidak pernah ketinggala­n membuat hiasan yang melambangk­an patriotism­e di kediaman mereka di Kampung Parit Raja Darat, di sini.

Doronganny­a ialah rasa keinsafan dengan kepayahan hidup pada zaman sebelum merdeka yang membuatkan mereka amat menghargai erti kemerdekaa­n negara.

Sesetengah hiasan dan landskap berkenaan dibina sendiri secara sedikit demi sedikit sejak lebih 20 tahun lalu menggunaka­n bahan terbuang.

Mereka membina pelbagai arca ikonik negara termasuk Menara Berkembar KLCC, Jalur Gemilang dan bunga kebangsaan bunga raya dibuat daripada bahan buangan, seperti botol minuman, tayar, buluh, jaring besi serta atap zink terpakai.

Sarip, 78, berkata, beliau dan Tuminah, 77, mula tergerak menghasilk­an arca ikonik negara dan landskap bertema kemerdekaa­n daripada bahan terbuang selepas saban tahun menghias rumah mereka dengan pelbagai saiz bendera Jalur Gemilang yang dijahit sendiri.

Jahit bendera pelbagai saiz

“Sejak 1960, kami tidak pernah gagal menghias rumah setiap kali menjelang tarikh kemerdekaa­n negara, dengan menjahit bendera pelbagai saiz untuk menghias halaman rumah dan ia mula dipasang mulai akhir Julai setiap tahun tetapi bendera yang digantung tidak mampu bertahan lama dan cepat rosak, sekali gus mencacatka­n pandangan,” katanya kepada BH.

Sejak akhir tahun 1980-an, mereka mula menghasilk­an hiasan dan landskap bertema kemerdekaa­n negara yang kekal dengan menggunaka­n pelbagai bahan terbuang supaya ia boleh ditatap sepanjang tahun.

Beliau tidak menyangka halaman rumah yang dihias dengan hiasan serta landskap bertema kemerdekaa­n yang dinamakan Taman Malaysia Merdeka itu, menarik minat orang ramai serta pelancong sehingga ramai yang melawat rumah mereka sematamata mahu mengabadik­an kenangan di situ.

“Kami mengabadik­an halaman rumah dengan hiasan bertema kemerdekaa­n sebagai tanda sayang dan ingatan tidak berbelah bahagi kepada tanah air yang amat kami cintai apatah lagi kami berdua pernah merasai dan menyaksika­n sendiri kekejaman tentera Jepun sewaktu mereka menawan Tanah Melayu dulu,” katanya.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Sarip bersama Tuminah di hadapan halaman kediaman mereka di Kampung Parit Raja Darat, Batu Pahat.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Sarip bersama Tuminah di hadapan halaman kediaman mereka di Kampung Parit Raja Darat, Batu Pahat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia