Berita Harian

‘Ambil kira kepentinga­n bukan Melayu’

Parti tetap perlu sokongan golongan berkenaan bagi hadapi PRU-14

- Oleh Khairul Azran Hussin

UMNO perlu mengambil kira kepentinga­n golongan bukan Melayu kerana parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu sentiasa mendapat sokongan mereka dalam pilihan raya umum (PRU) selama ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden parti berkata, UMNO masih dan tetap memerlukan sokongan pengundi bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

“Pada PRU-14 akan datang, UMNO sebagai tulang belakang BN mesti ambil kepedulian, kepentinga­n orang bukan Melayu untuk membantu kemenangan BN, selain deposit sokongan orang Melayu.

“Pada pilihan raya kecil (PRK) Sabak Bernam, BN dan UMNO berjaya menembusi kawasan Sekinchan yang dianggap lubuk untuk DAP,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga mengingatk­an UMNO bahawa kemenangan selesa BN pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar banyak dipengaruh­i oleh faktor jentera luar yang berkampung untuk membantu calon.

Katanya, ujian sebenar kepada kedua-dua UMNO bahagian itu ialah pada PRU apabila tiada lagi orang luar datang membantu mereka berkempen.

Berdikari hadapi PRU

“Dalam PRU nanti, masing-masing kena berdikari dan tiada siapa dapat turun membantu sebab kena jaga kubu masing-masing.

“Jangan ingat bumi sentiasa rata dan ikan sentiasa ada di lubuk. Buktikan kita mampu berdikari dan memastikan kemenangan dalam PRK diterjemah­kan pula dalam PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Besar di sini, semalam. Yang turut hadir, Pengerusi Perhubunga­n UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Ahmad Zahid turut mengingatk­an kepemimpin­an UMNO Bahagian Sungai Besar supaya segera membaiki lompang serta mengatasi kekurangan yang ada, jika mahu mengekalka­n kemenangan dalam PRU akan datang.

 ?? [FOTO ROSDAN WAHID/BH] ?? Ahmad Zahid meletakkan replika keris gergasi sambil diperhatik­an Noh dan Jamal (kiri) pada perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Besar, semalam.
[FOTO ROSDAN WAHID/BH] Ahmad Zahid meletakkan replika keris gergasi sambil diperhatik­an Noh dan Jamal (kiri) pada perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Besar, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia