Berita Harian

Kaji semula agihan kerusi BN

Perlu perjanjian baharuanta­ra parti komponen bagi jamin menang PRU-14

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Pembahagia­n kerusi pilihan raya antara UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu dikaji semula bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Demikian cadangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dengan menjelaska­n kajian dan penelitian itu perlu bagi membolehka­n kemampuan BN untuk menang di banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen menjadi lebih tinggi.

Perlu perjanjian baharu

Mendepani PRU Ke-14, BN kata Khairy Jamaluddin, bukan sahaja perlu mengatur strategi menampilka­n calon boleh menang, lebih utama parti boleh menang kerana sentimen kepartian turut memainkan peranan penting menarik undi.

“BN kena kaji dan mana kita (UMNO) boleh ambil (kerusi yang sebelum ini ditandingi komponen BN), kita ambil.

“Perlu ada perjanjian baharu kerana kini kita berada dalam persekitar­an berbeza.

“Sekiranya rakan-rakan kita dalam komponen pegang kepada semangat setiakawan, kita akan dapat keputusan lebih baik (pada PRU-14),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di sini, semalam. Yang turut hadir, Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Rizalman Mokhtar.

Khairy Jamaluddin turut menyokong usul dibawa sayap Pemuda bahagian itu supaya Parlimen Bandar Tun Razak yang sebelum ini diwakili MCA, ditukar kepada UMNO, memandangk­an jumlah pengundi Melayu tinggi di kawasan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, ahli UMNO perlu akur bahawa pemilihan parti kini bukan lagi keutamaan yang perlu dibuat segera, sebaliknya lebih penting adalah persiapan menghadapi PRU-14.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahli Parlimen Rembau itu mahu UMNO menjadi parti jaguh di bandar, bukan hanya berharap dan mendabik dada kepada kekuatan di luar bandar.

Tawan pengundi bandar

“Perlu kita memenuhi hati orang di bandar sebab ramai orang yang tinggal di bandar sebenarnya mengundi di kampung. Mereka sebahagian­nya mempunyai pengaruh, walaupun kecil.

“Kalau kita tak ada strategi di bandar, bermakna undi di luar bandar akhirnya nanti akan tergugat juga dan kita jangan pernah kata mustahil pada kawasan bandar (untuk BN tawan semula),” katanya.

 ?? [FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Khairy Jamaluddin beramah mesra dengan sebahagian perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] Khairy Jamaluddin beramah mesra dengan sebahagian perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia