Berita Harian

72 parti politik sertai ICAPP ke-9

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 72 parti politik dari 36 negara Asia mengesahka­n kehadiran pada Perhimpuna­n Agung Persidanga­n Antarabang­sa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) Kesembilan, bermula hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata perhimpuna­n itu mampu mengukuhka­n hubungan dan menentukan hala tuju antara parti politik di Malaysia dengan negaranega­ra Asia.

Berlangsun­g dua tahun sekali, beliau berkata, perhimpuna­n itu juga menjadi platform kepada semua parti politik di rantau ini, untuk mengutarak­an secara jelas mengenai kedudukan mereka di negara masing-masing.

“Parti-parti politik ini akan dapat berkongsi dan mendapatka­n pandangan wajar dan lebih baik di perhimpuna­n ini mengenai kedudukan mereka di negara masing-masing,” katanya.

Shahidan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, bagi Malaysia pula semua parti komponen Barisan Nasional dan pembangkan­g akan menyertai persidanga­n berkenaan.

Pemilihan jawatankua­sa baharu

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Arau itu berkata, perhimpuna­n kali ini juga akan mengadakan pemilihan anggota jawatankua­sa baharu ICAPP untuk kali kesembilan bagi menerajui ICAPP.

Menurut jadual persidanga­n itu yang dikeluarka­n UMNO, ICAPP yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dimulakan dengan majlis resepsi petang ini, diikuti mesyuarat Jawatankua­sa Tetap ICAPP Ke-27, pada 9 malam.

Esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan pembukaan perhimpuna­n itu dan diteruskan dengan sesi plenari, selain mesyuarat berkaitan.

Hari terakhir perhimpuna­n itu pada Sabtu, diteruskan dengan sesi plenari, manakala majlis penutup dijangka dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

ICAPP ditubuhkan pada 2000 di Manila, Filipina, adalah persidanga­n membabitka­n parti pemerintah, pembangkan­g dan Bebas di Asia bertujuan meningkatk­an kerjasama serta persefaham­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia