Berita Harian

Masjid Batu Uban lambang kehadiran Islam

-

Masjid Jamek Batu Uban ialah masjid tertua di Pulau Pinang, diasaskan pada 1734. Ia juga antara masjid tertua di Malaysia, selepas Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Hulu di Melaka, yang dibina sekitar 1728, dan Masjid Kampung Laut, Kelantan (1730-an).

Saya ingin betulkan penulisan menyatakan Masjid Kapitan Kling sebagai masjid pertama negeri itu, seperti tertulis di bawah tajuk

(Kembara, Ahad 26 Jun, h. 19). Dalam hal ini, adalah kritikal siarkan liputan dan fakta tepat, apatah lagi dalam konteks pelbagai pertikaian mengenai sejarah awal Pulau Pinang, terutama kedudukan identiti Melayu sebagai masyarakat pengasas pulau itu.

Masjid Batu Uban menyaksika­n pendidikan Islam terawal di Pulau Pinang melalui pengasasny­a Muhammad Salleh@nakhoda nan Intan, Datuk Jenaton, Syeikh Makawi dan Syeikh Abdul Rahman Al-baghdadi serta pendakwah yang berlayar melalui Lautan Hindi dan beberapa tariqat melalui Aceh.

Buku saya menceritak­an Nakhoda nan Intan, yang berasal dari Kampung Bodi/buadi, daerah Payakumbuh, wilayah Minangkaba­u di barat Sumatera, berlabuh di Pulau Pinang dan membina Masjid Batu Uban pada 1734.

Saya memetik penerbitan bertajuk

( jilid 1) suntingan Fadhlullah Jamil terbitan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang 1994. Satu bab penerbitan itu bertajuk

oleh Zulkifli Khair dan Badrol Hisham Ibrahim.

Ia mencerahka­n kekaburan catatan sejarah awal penduduk Melayu di Pulau Pinang sebelum 1786. Zulkifli dan Badrol Hisham menyentuh persoalan kedatangan awal Islam dengan menyatakan pandangan ramai sejak sebelum Merdeka hingga hari ini memberi kesimpulan penempatan orang Islam dan kedatangan awal Islam di Pulau Pinang hanya berlaku selepas Francis Light tiba.

Mereka menunjukka­n penempatan awal orang Islam di Pulau Pinang ialah di Batu Uban, selain Teluk Jelutong dan Sungai Pinang. Dapat dikatakan tempat ibadat Islam pertama Pulau Pinang dibina di Batu Uban. Tapak surau itu digantikan dengan masjid apabila ahli jemaah melebihi 40 orang.

Tempat rehat pedagang

Pembinaan masjid itu di tepi pantai, selain dari tempat beribadat, juga berfungsi sebagai tempat rehat terutama kepada pedagang, pengembara dan pendakwah yang mengharung­i Lautan Hindi dari rantau Hadhramaut, Iraq dan wilayah lain dari dunia Arab, serta benua India. Pemilihan lokasi masjid turut mengambil kira kedudukan perigi yang dahulunya sumber air tawar kepada penduduk, pedagang serta pengembara.

Pada era generasi ketiga keturunan Haji Muhammad Salleh, sekitar 1850 hingga 1870, sebuah lagi masjid dibina di Batu Uban oleh seorang India Muslim, Kader Meah. Justeru, sebahagian penduduk Islam dan Melayu Batu Uban menggunaka­nnya, selebihnya menggunaka­n masjid diasaskan Haji Muhammad Salleh.

Akibatnya, penduduk kampung terbahagi kepada dua hingga meretakkan hubungan kekeluarga­an. Satu pergaduhan berlaku menyebabka­n beberapa orang maut. Masjid dibina Kader Meah tidak digunakan dan terbiar sehingga dirobohkan pada 1938. Zulkifli Khair dan Badrol Hisham juga menyelusur­i keadaan masjid itu ketika zaman pendudukan Jepun.

Masjid itu dijadikan pangkalan tentera laut, tempat simpanan barang makanan dan senjata tentera Jepun. Kolam untuk mengambil wuduk disalahgun­akan sebagai tempat mandi-manda.

Shayikh Ali al-khayyat, imam masjid merangkap penghulu Batu Uban mengambil inisiatif membuat bantahan kepada pemerintah Jepun walaupun tanpa sokongan penghulu kampung. Berikutan itu, semua barang tentera diarahkan di bawa keluar dari masjid pada hari itu juga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia