Berita Harian

Segera tubuh badan khas atasi banjir kilat

Sikap tidak endah punca pengguna jalanraya jadi mangsa

- Oleh Faris Fuad dan Mohd Zulkifli Zainuddin

Kuala Lumpur

SSri Noh Omar berhubung perkara ini dan akan menghantar notis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyuaraka­n cadangan dan kebimbanga­n terhadap masalah ini yang sudah berlarutan selama beberapa tahun,” katanya ketika dihubungi BH semalam. Beliau mengulas banjir kilat di Jalan Lapangan Terbang Subang, susur masuk Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan sekitar stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie kelmarin, kira-kira sebulan selepas kejadian sama berlaku di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Jacob berkata, isu itu mampu diselesaik­an jika mendapat kerjasama semua peringkat terutama dalam kalangan pembuat dasar.

“Wakil PBT perlu turun padang melihat masalah ini selain menggalakk­an penyertaan orang ramai dalam aktiviti kemasyarak­atan termasuk pembersiha­n longkang dan penurapan jalan sekali gus mengurangk­an kes banjir di kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pakar Bencana Banjir, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata sikap sesetengah pihak antara faktor utama sering berlaku banjir kilat, khususnya di Lembah Klang, kebelakang­an ini.

Katanya, apabila berlaku banjir kilat, proses perbandara­n bukan semata-mata penyebab utama, sebaliknya perlu juga melihat kerakusan manusia yang tidak bertanggun­gjawab terhadap penjagaan persekitar­an.

Tidak prihatin

“Perkara ini berlaku apabila ada warga kota yang tidak prihatin terhadap alam sekitar dengan sewenang-wenangnya membuang sampah seperti plastik, kertas dan botol, malah puntung rokok sesuka hati sama ada di jalan raya atau ke dalam longkang.

“Sampah yang berlonggok akhirnya menyebabka­n sistem perparitan sedia ada tersekat dan tersumbat.

“Mungkin penguatkua­saan kurang tegas menyebabka­n masyarakat terus berani melakukan perkara berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Alumni Senibina Landskap Universiti Teknologi Mara (UITM), Zainul Fadli Zaini, berkata pembanguna­n pesat yang berlaku di sekeliling kawasan pusat bandar menyebabka­n sistem perparitan menjadi terlalu sempit hingga tidak mampu menampung kapasiti air terutama apabila berlaku hujan lebat.

Katanya, ia berpunca akibat pembanguna­n yang tidak dirancang sekali gus mengundang masalah alam sekitar yang amat berkait rapat dengan kejadian banjir kilat.

“Kita mengalami pelbagai pembanguna­n pesat hingga wujud kompleks membeli-belah, hospital dan beberapa taman perumahan di kawasan pusat bandar,” katanya.

 ??  ?? Banjir kilat di Jalan Lapangan Terbang Subang, susur masuk Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Subang, kelmarin.
Banjir kilat di Jalan Lapangan Terbang Subang, susur masuk Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Subang, kelmarin.
 ??  ?? Dr Jacob George,
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA)
Dr Jacob George, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia