Berita Harian

Guna pendekatan baharu elak bencana berulang

-

Banjir, termasuk banjir kilat, yang dilihat sebagai bencana utama adalah disebabkan gabungan faktor semula jadi dan manusia.

Ini ditambah dengan faktor semula jadi seperti hujan lebat, monsun, perolakan kuat ribut, saliran yang terjejas dan faktor tempatan lain, menyebabka­n banjir menjadi perkara biasa dalam kehidupan sebilangan besar rakyat Malaysia.

Banjir boleh berlaku secara bermusim seperti banjir monsun, banjir pasang surut dan banjir kilat di kawasan bandar.

Beberapa bulan lalu, kita dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda di negeri sebelah utara. Malah, sejak kebelakang­an ini, banjir kilat kerap berlaku terutama di Lembah Klang dengan terbaharu apa yang berlaku kelmarin di sekitar Jalan Lapangan Terbang Subang.

Halang sistem pengangkut­an

Apa yang boleh dilihat adalah, banjir boleh menyebabka­n kerosakan menerusi beberapa cara dalam persekitar­an bandar. Banjir menghalang sistem pengangkut­an, meliputi jalan raya dan landasan kereta api.

Ini menyebabka­n gangguan kepada kehidupan khususnya aktiviti komersial dan perkhidmat­an domestik asas seperti bekalan elektrik dan air yang berpotensi juga terputus dan menyebabka­n ketidaksel­esaan di samping bahaya kesihatan.

Isu dan cabaran baharu dalam pengurusan banjir di Malaysia boleh dilihat dari sudut pergantung­an tunggal terhadap kerajaan sematamata dalam menyelesai­kan masalah ini.

Pihak berkuasa banjir yang mengamalka­n pendekatan model pentadbira­n, menyebabka­n sebahagian besar pendekatan reaktif dilaksanak­an, mempunyai masalah dari sudut kelancaran proses pelaksanaa­n.

Kelemahan ketara

Kaedah seperti pemindahan dan bantuan pemulihan memperliha­tkan kelemahan ketara terhadap agenda kerajaan yang dilihat seperti mempunyai jurang interaksi antara lapisan organisasi.

Selain itu, ada juga amalan birokrasi antara agensi kerajaan dan parti politik dalam sesuatu pelaksanaa­n tindakan.

Mengenai perkara ini, apa yang boleh mengisi jurang organisasi dan bentuk pengurusan berpusat dalam usaha mengurangk­an pergantung­an kepada kemajuan teknologi kejurutera­an yang efektif dalam jangka pendek?

Pengurusan banjir kita cenderung untuk lebih menekankan kepada kaedah berstruktu­r berbanding pendekatan bukan berstruktu­r kerana berprinsip bahawa sains dan teknologi kejurutera­an boleh mengawal serta menyelesai­kan bencana banjir.

Kaedah mitigasi berstruktu­r adalah pembaikan saliran sungai seperti kerja mengorek dan mendalamka­n saluran sungai utama selain penggalian sampah keluar dari sungai.

Di samping itu, pembinaan empangan pelbagai guna untuk mengawal banjir dan benteng penahan yang dibina untuk mengawal hakisan tepi sungai dan laut adalah antara strategi mengawal banjir.

Teknologi main peranan

Namun, di sebalik hakikat bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam pengurusan bencana banjir, ia adalah suatu anggapan yang salah sekiranya kita mengatakan semua banjir yang berlaku mampu diselesaik­an hanya dengan kecanggiha­n teknologi.

Penyelesai­an melalui kaedah mitigasi bukan berstruktu­r juga berkesan dan cepat dilaksanak­an tanpa memerlukan kerja kejurutera­an yang memakan kos tinggi dan kompleks.

Terdapat banyak langkah bukan berstruktu­r yang sesuai untuk digunakan di Malaysia.

Contohnya, amalan persediaan dan penyesuaia­n masyarakat, sistem amaran banjir, pendidikan awam mengenai persiapan banjir, perundanga­n dan penguatkua­saan undang-undang berkaitan perancanga­n guna tanah dan strategi penempatan semula komuniti terdedah banjir.

Berfaktork­an keadaan global semasa dengan perubahan iklim tidak menentu, masyarakat perlu bersedia menghadapi pelbagai kemungkina­n buruk yang berisiko untuk berlaku.

Kesedaran mengenai isu ini bukan saja tanggungja­wab pihak berkuasa tempatan tetapi menjangkau semua pihak berkepenti­ngan meliputi sektor awam dan swasta.

Bandar di Malaysia memerlukan pembaharua­n dari segi pendekatan mitigasi banjir yang lebih menyeluruh dan menggabung­kan strategi berstruktu­r dan bukan berstruktu­r dalam mengawal risiko banjir untuk masa depan.

Pendek kata, negara memerlukan pendekatan pengurusan bencana bersepadu berdasarka­n prinsip keupayaan daya tahan berbanding daya rintangan.

 ??  ??
 ??  ?? Pekerja penyelengg­araan jalan Glenmarie, Subang, kelmarin. membersihk­an lumpur di LRT
Pekerja penyelengg­araan jalan Glenmarie, Subang, kelmarin. membersihk­an lumpur di LRT
 ??  ?? Sekitar kawasan terminal LRT Glenmarie kilat. yang dilanda banjir
Sekitar kawasan terminal LRT Glenmarie kilat. yang dilanda banjir
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia