Berita Harian

Kerajaan DAP tak peka hadis di pinggul patung

EXCO Agama digesa perjelas isu elak tindakan berulang

- Oleh Mohd Hilmi Mahmud

UMNO negeri semalam, membidas Kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak peka berhubung isu penganjura­n pameran patung United Buddy Bears (UBB) yang didakwa mempunyai hadis pada badan patung berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim, berkata Kerajaan DAP Pulau Pinang sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap penganjur sebelum kebenaran penganjura­n sesuatu program diberikan.

Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri mengalihka­n patung berkenaan sejurus isu itu diviralkan dilihat tidak cekap, selain menunjukka­n kerajaan DAP itu tidak peka.

“Mengapa selepas isu ini diviralkan baru kerajaan negeri bertindak untuk alihkan? Sepatutnya, mereka peka dengan perkara seumpama ini sebelum ia dipamerkan kepada orang ramai.

“Justeru, kita menuntut EXCO Agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim memberi penjelasan berhubung perkara ini bagi memastikan kejadian sama tidak berulang,” katanya pada sidang media di Padang Kota Lama di sini, semalam.

Tujuan mencurigak­an

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Jasmin Noordin, berkata pihaknya kecewa kerana kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dicemari isu berkenaan.

“Ia mencurigak­an dan sekiranya bertujuan mendidik, adakah ini medium terbaik dengan menulis potongan hadis pada patung itu serta diletakkan di bahagian berhampira­n pinggul.

“Adakah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dimaklumka­n keseluruha­n kandungan pameran ini terutamany­a pada tulisan hadis itu?,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Malik dipetik berkata, beliau sudah mengarahka­n penganjur untuk mengalihka­n patung berkenaan yang diletakkan di Padang Kota Lama untuk tontonan awam itu selepas mendapat maklumat berhubung perkara terbabit.

 ?? [FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] ?? Rafizal (dua dari kiri) ketika sidang media mengenai patung beruang bertulisan Jawi yang tidak menjaga sensitivit­i orang Islam di Padang Kota, Pulau Pinang, semalam.
[FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] Rafizal (dua dari kiri) ketika sidang media mengenai patung beruang bertulisan Jawi yang tidak menjaga sensitivit­i orang Islam di Padang Kota, Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia