Berita Harian

Ambil tindakan dua NGO hina Mufti Perak

-

Kuantan: Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap dua badan bukan kerajaan (NGO) yang menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan memberikan gelaran biadab dalam satu majlis, Ahad lalu.

Dua NGO itu ialah Kumpulan Bertindak Bersama (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaa­n Gender (GEI) yang memberikan ‘anugerah’ yang mengajuk kategori ‘Aiyoh Wat Lah’.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata tindakan undang-undang harus diambil terhadap dua NGO berkenaan kerana menghina badan agama atau Islam secara keseluruha­nnya kerana ulama seperti Harussani dilantik bagi meneruskan usaha mengembang­kan syiar Islam selepas Rasullah SAW wafat.

“Tindakan mereka itu jelas menghina Islam kerana ulama dalam mengeluark­an sebarang fatwa atau kenyataan lazimnya membuat rujukan berdasarka­n kandungan dalam al-quran, ia bermakna mereka mempersend­akan agama.

Harus minta maaf kepada Harussani

“Mereka harus meminta maaf kepada Tan Sri Harussani atas tindakan berkenaan yang memperleke­hkannya sebagai seorang ulama,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

JAG dan GEI pada satu majlis di Petaling Jaya, Selangor, Ahad lalu memberikan anugerah itu kerana beberapa kenyataan Harussani yang mereka anggap tidak logik dan tidak rasional.

Selain Harussani, turut diberikan gelaran bersifat mengajuk ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Abdul Rahman berkata, beliau secara peribadi kecewa dengan tindakan kumpulan NGO berkenaan dan mahu ia dihentikan secepat mungkin bagi mengelakka­n lebih ramai pihak mengambil kesempatan membuat penghinaan sama kepada Islam.

“Dalam keadaan sekarang ini kita hidup dalam keadaan hormat menghormat­i antara satu sama lain, termasuk dengan agama berlainan, tetapi amat mengecewak­an apabila orang Islam itu sendiri menghina institusi Islam.

“Sepatutnya perkara ini tidak berlaku dan ingin saya tegaskan lagi bahawa ulama hanya menjalanka­n tugas berdasarka­n kepada al-quran bukannya sesuka hati,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia