Berita Harian

MB anggap institut guna indikator tak tepat

-

Teluk Intan: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyangkal laporan yang dikeluarka­n Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) yang meletakkan negeri Perak sebagai negeri kedua berpendapa­tan rendah dalam negara.

Sambil menyifatka­n laporan itu tidak tepat, beliau berkata indikator yang digunakan dalam menentukan pendapatan bulanan di bawah paras pendapatan isi rumah di Malaysia iaitu RM6,000 dalam kajian itu juga tidak menggambar­kan keadaan rakyat di negeri Perak secara keseluruha­nnya.

“Apakah indikator RM6,000 (pendapatan purata isi rumah) itu sebagai indikator baharu kerana selama ini pada peringkat kerajaan negeri diminta untuk melepasi indikator kemiskinan tegar yang berada pada paras RM580 manakala indikator kemiskinan biasa pada kadar RM940.

“Kalau indikator ini masih digunakan, maknanya Perak tidak berada dalam kategori (purata isi rumah terendah) itu sama sekali,” katanya di sini.

Dalam laporan KRI bertajuk Keadaan Isi Rumah II dibentang kelmarin, Perak menjadi negeri kedua selepas Kelantan yang mempunyai isi rumah kurang di bawah RM2,000 sebulan selain 81.1 peratus isi rumahnya berpendapa­tan kurang RM6,000 sebulan.

Beri gambaran tak baik

Laporan KRI menjadikan pendapatan RM6,000 sebulan sebagai indikator untuk membezakan antara tahap pendapatan isi rumah antara negeri kerana pendapatan RM6,000 sebulan itu menghampir­i pendapatan purata bulanan isi rumah di Malaysia, RM6,141 sebulan.

Zambry berkata, laporan yang dikeluarka­n KRI itu memberikan gambaran tidak baik mengenai Perak yang mengalami lonjakan pembanguna­n sejak lima tahun lalu.

“Saya sudah minta kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak untuk menyediaka­n maklumat malah kita sedang membuat kajian. Ini disebabkan kajian mereka (KRI) berdasarka­n laporan yang ada di depan mereka. Jadi kajian ini tidak dibuat secara menyeluruh dari bawah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia