Berita Harian

Bina Belipot Craft selepas kilang tutup

Jefridin manfaat pengalaman 23 tahun hasil produk sendiri

- Oleh Muhammad Sufian Rosli

Pengalaman kerja selama 23 tahun, mendorong seorang bekas pekerja kilang seramik menceburi pengeluara­n produk sama, selepas majikannya memindahka­n operasi dari Pengkalan Chepa di sini, ke China.

Hasil sokongan keluarga, Jefridin Mat membangunk­an Belipot Craft, yang menghasilk­an produk seperti barangan tembikar, kraf serta hadiah perkahwina­n berasaskan tanah liat, yang dijual pada harga RM1 sehingga RM150 seunit.

Jefridin, 51, berkata beliau bekerja dengan syarikat yang menghasilk­an produk berasaskan tanah liat, Marulee (M) Sdn Bhd, selama 23 tahun dari 1986 sehingga 2009.

“Ketika saya bekerja dulu, Marulee pernah mendapat tender menghasilk­an produk seramik untuk dipasarkan atas jenama Walt Disney.

Pindah kilang

“Apabila syarikat memindahka­n kilang dari Pengkalan Chepa ke China, saya hilang pekerjaan. Berikutan itu, saya mengambil keputusan memulakan perusahaan sendiri,” katanya ketika ditemui di bengkel Belipot Craft dekat Kampung Bunot Payong, di sini.

Sokongan dua anaknya, Nur Syazwani Izyan, 24, dan Mohamad Syazwan, 20, menyaksika­n Belipot Craft mampu menghasilk­an sehingga 300 unit produk berasaskan tanah liat sehari, untuk pasaran sekitar Kelantan dan seluruh negara.

“Penghasila­n produk tanah liat ini bermula dengan membina acuan mengikut model produk yang mahu dikeluarka­n dengan menggunaka­n bahan berasaskan plaster of paris,” katanya.

Jefridin berkata, tanah liat yang dibancuh kemudianny­a akan dituang ke dalam acuan yang dibentuk mengikut ketebalan yang diinginkan yang mengambil masa kira-kira tiga jam.

“Selepas itu produk akan dikeringka­n dan disusun dalam tempat pembakaran yang mengambil masa selama tujuh jam.

“Produk siap dibakar melalui proses kawalan kualiti sebelum diwarnakan dan sekali lagi melalui proses sama sebelum dihantar kepada pelanggan,” katanya yang menggunaka­n teknik dari Jepun dalam pengeluara­n produk berkenaan.

Sertai program pameran

Beliau berkata, hasil penyertaan dalam program pameran dan jualan kraf kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan (JKKN) serta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, produk Belipot Craft semakin mendapat perhatian orang ramai.

Katanya, beliau juga mendapat sokongan daripada MARDI menerusi bantuan bengkel dan peralatan penghasila­n produk bernilai kira-kira RM100,000.

Dalam usaha memperluas­kan pasaran produk keluaran Belipot Craft, Jefridin berkata, pihaknya kini turut memanfaatk­an media sosial seperti Instagram dan Facebook untuk tujuan promosi.

 ??  ?? Jefridin membancuh tanah liat yang dicairkan sebelum menuangnya di dalam acuan.
Jefridin membancuh tanah liat yang dicairkan sebelum menuangnya di dalam acuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia