Berita Harian

Juara Gurindam Merbuk bawa pulang ‘Piala Merdeka’

Pemilik restoran mula minat pelihara burung sejak 1985

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Membelanja­kan wang puluhan ribu ringgit, selain perlu dibawa bersiar-siar bukan penghalang bagi pencinta burung merbuk memelihara haiwan bersuara merdu itu.

Bagi Jeff Chong, 48, dari Johor Bahru, Johor, hobi memelihara merbuk bermula sejak tahun 1985 dan kini beliau mempunyai lebih 30 ekor burung jenis itu.

Pemilik restoran itu semalam diumumkan juara keseluruha­n pertanding­an Gurindam Merbuk Putrajaya 2016 anjuran Perbadanan Putrajaya (PPJ) di Taman Wetland, di sini, sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-59, sekali gus membawa pulang ‘Piala Merdeka’.

Hadiah disampaika­n Presiden PPJ, Datuk Seri Hasim Ismail.

Jeff Chong berkata, merbuk peliharaan­nya yang diberi nama San Lian Kuan bermaksud juara tiga kali itu juga memenangi tempat kedua bagi Kategori B (Burung Merbuk Suara Sederhana).

Menang kali kedua

“Ini adalah kali kedua merbuk saya yang berusia empat bulan ini memenangi pertanding­an. Saya sasarkan San Lian Kuan untuk menang sebanyak tiga kali.

“Saya juga pernah memenangi beberapa pertanding­an sebelum ini melalui merbuk yang lain,” katanya yang membeli burung berkenaan dengan harga RM10,000.

Menceritak­an rutin penjagaan merbuk, Jeff Chong berkata, haiwan itu diberi makan makanan burung dan kacang hijau, selain dibawa bersiar-siar pada waktu malam.

Sementara itu, Hasim berkata, pertanding­an membabitka­n burung merbuk menjadi acara bulanan di Putrajaya sejak Jun lalu bagi menonjolka­n keunikan dan kelunakan melodi suara burung itu yang mempunyai peminatnya sendiri, selain bagi menarik lebih ramai pelancong ke bandar ini.

Seramai 500 peserta menyertai pertanding­an semalam, yang dibahagika­n kepada empat kategori iaitu A (Burung Merbuk Suara Kasar), B, C (Burung Merbuk Suara Halus) dan Kategori Remaja.

Pusat Rekreasi Air Putrajaya

Pada majlis berasingan, Hasim turut melancarka­n Pusat Rekreasi Air Putrajaya di Presint 13 di sini, yang dijenamaka­n semula selepas diambil alih Marina Putrajaya Sdn Bhd.

Sempena pelancaran itu, turut diadakan pertanding­an memancing membabitka­n 500 peserta. Ketua Biro BH Putrajaya, Magendran Rajagopal diumumkan sebagai juara kategori Media, manakala jurugambar The New Straits Times Press (M) Berhad Putrajaya, Ahmad Irham Mohd Noor mendapat tempat ketiga.

 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Jeff Chong (tengah); Johan Kelas A, Prof Datuk Seri Dr Syed Putra Meir (kiri); dan Johan Kelas B, Hui Kok Meng (kanan) bersama piala kemenangan masing-masing di Padang Semarak, Taman Wetland, Putrajaya.
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Jeff Chong (tengah); Johan Kelas A, Prof Datuk Seri Dr Syed Putra Meir (kiri); dan Johan Kelas B, Hui Kok Meng (kanan) bersama piala kemenangan masing-masing di Padang Semarak, Taman Wetland, Putrajaya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia