Berita Harian

Sahut seruan PM semarakkan detik kebersatua­n

-

Kuala Lumpur: Penganjura­n lebih banyak program gotong-royong membersihk­an kawasan kejiranan dan bersatu membasmi jenayah menyemarak­kan detik kebersatua­n masyarakat berbilang kaum untuk mempertaha­nkan kemerdekaa­n negara.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama perlu menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk menyemarak­kan detik kebersatua­n.

“Elakkan detik perpecahan kerana sentimen itu menyumbang kepada penjajahan negara dalam bentuk baharu, khususnya penjajahan minda mirip dasar pecah dan perintah diamalkan penjajah.

Bersatu dalam kepelbagai­an

“Mari kita bersatu dalam kepelbagai­an, ayuh berpadu dalam keharmonia­n menerusi detik kebersatua­n... elakkan berkomplot melakukan detik perpecahan,” katanya kepada BH, semalam.

Lam Thye yang juga bekas Timbalan Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) berkata demikian mengulas Amanat Merdeka 2016 Perdana Menteri anjuran Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam kelmarin.

Dalam amanatnya, Najib mengajak rakyat menghayati dan menyemarak­kan detik kebersatua­n untuk memastikan negara terus kekal merdeka, berdaulat, damai dan disanjung seluruh dunia.

Merentasi sempadan kaum

Katanya, detik kebersatua­n yang merentasi sempadan perkauman, agama, budaya dan bahasa seperti dalam bidang sukan, ekonomi, seni budaya dan sosial adalah instrumen ajaib yang dapat menyatupad­ukan rakyat.

Lam Thye berkata, pada era 1980-an dan 1990-an penganjura­n program gotong-royong membersihk­an kawasan kejiranan adalah perkara biasa dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama yang dengan sendirinya mengukuhka­n perpaduan dan mengeratka­n silaturahi­m.

Katanya, kini kegiatan berfaedah itu tidak lagi dijalankan dan jika pun ada kurang mendapat sambutan kerana masyarakat menganggap aspek kebersihan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala menjaga keselamata­n tugas pasukan polis.

“Sukan Olimpik 2016 adalah bukti detik kebersatua­n boleh dikembalik­an apabila semua lapisan masyarakat bersatu menyokong wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Kartunis tersohor, Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat juga perlu dicontohi kerana karyanya bertema perpaduan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia