Berita Harian

Mangsa dera alami pelbagai kecederaan

Meninggal dunia akibat jangkitan kuman

- Oleh Rosli Ilham

Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera ahli keluargany­a, meninggal dunia akibat jangkitan kudan man yang berpunca daripada kecederaan berganda anggota badannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata kecederaan teruk di badan Nudzirah Nur Safiah Sabaruddin membuktika­n wujud pengabaian oleh penjaga mangsa.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut mendapati ada pelbagai luka baharu dan lama di seluruh badan mangsa termasuk muka, kepala, kaki.

“Ada kesan koyakan di kedua belah telinga dan bibir mangsa, lebam di belakang serta kesan luka terbakar tahap tiga di bahagian kiri kaki mangsa hingga menyebabka­n terdedahny­a bahagian otot.

Ada parut lama

“Selain itu, ada kesan koyakan di bahagian kiri kepala hingga menampakka­n tulang tengkorak. Seluruh badan mangsa juga ada kesan parut lama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati semua kecederaan di badan mangsa tidak boleh menyebabka­n kematian.

“Tetapi oleh kerana kecederaan itu tidak dirawat, ia menyebabka­n kuman merebak di seluruh badan dan dikenal pasti sebagai punca kematian mangsa,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan mencari punca banyak kesan luka dan lebam di badan mangsa dan kenapa tidak dihantar ke klinik dan hospital untuk rawatan.

Semalam, BH melaporkan mangsa meninggal pada Isnin lalu dipercayai akibat didera oleh ahli keluargany­a.

Susulan itu, polis menahan sepasang suami isteri yang juga kakak dan abang ipar mangsa bagi membantu siasatan.

Sementara itu, jenazah mangsa selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong Paka, jam 9.30 malam tadi.

 ??  ?? Keratan akhbar BH keluaran 31 Ogos lalu
Keratan akhbar BH keluaran 31 Ogos lalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia