Berita Harian

Bunuh di Meru, mayat dibuang ke Sungai Klang

-

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, berkata siasatan awal mendapati mangsa dibunuh di sebuah rumah sebelum suspek membawa mayat ke ibu negara untuk dibuang ke sungai.

Mayat dijumpai 25 Ogos

Katanya, mayat itu kemudian hanyut ke sini dan ditemui pada 25 Ogos lalu.

“Motif awal pembunuhan dipercayai akibat cemburu dan pengaruh dadah. Empat anak mangsa kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Yusoff berkata, selepas penemuan mayat mangsa minggu lalu, pihaknya menerima maklumat dari satu keluarga yang memaklumka­n wujud persamaan ciri fizikal mangsa dengan ahli keluarga mereka.

Berdasarka­n maklumat, identiti mangsa hampir 80 peratus disahkan ahli keluarga dan satu pasukan khas ditubuhkan untuk menjalanka­n siasatan terutama mengesan suspek sehingga membawa kepada penahanan seorang lelaki di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Tiga lagi suspek ditahan

“Tiga lagi suspek ditahan di ibu negara termasuk teman lelaki mangsa dan seorang wanita sehari kemudian,” katanya.

Mohd Yusoff berkata, siasatan polis mendapati wanita itu dipercayai kerap didera teman lelakinya yang berusia 29 tahun itu hingga mengalami kecederaan teruk di badan dan kaki.

Keempat-empat suspek berusia 27 hingga 44 tahun, positif dadah dan direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan mendapati teman lelaki mangsa bekerja sebagai buruh dan terbabit dalam pengedaran dadah bersama suspek lain.

“Dia mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kes dera dan dadah,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] ?? Mohd Yusoff (kiri) bersama pegawainya melihat bonet kereta tempat mayat seorang wanita disimpan sebelum dibuang ke dalam Sungai Klang, semalam.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] Mohd Yusoff (kiri) bersama pegawainya melihat bonet kereta tempat mayat seorang wanita disimpan sebelum dibuang ke dalam Sungai Klang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia