Berita Harian

3 dibebas kelmarin, direman semula

Siasatan mengikut AMLA pula kerana salah guna kedudukan

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Tiga individu yang dibebaskan daripada reman kelmarin selepas membantu siasatan kes penyelewen­gan dana RM15 juta membabitka­n projek penerbitan buku biografi tokoh politik negara, semalam diperintah direman selama tiga hari lagi.

Terdahulu, ketiga-tiga individu berkenaan ditahan semula kirakira jam 4 petang kelmarin di ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak lama selepas tempoh reman mereka berakhir, sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini.

Ditahan tiga hari lagi

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman kemudian membenarka­n bekas pengarah perolehan sebuah bank dan dua pemilik syarikat penerbitan berusia 43 hingga 47 itu ditahan reman tiga hari lagi, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Jurucakap SPRM berkata, pegawai kanan bank serta dua pemilik syarikat penerbitan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Jumaat lalu, tiga individu berkenaan serta pengarah urusan bank bergelar Datuk direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menyalahgu­nakan kedudukan. Mereka dibebaskan kelmarin selepas tempoh reman berakhir sebelum tiga individu terbabit ditahan semula.

Kelmarin juga, pengerusi bank terbabit bergelar Tan Sri dan berusia 65 tahun mula direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes sama mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009 kerana menyalahgu­nakan kedudukan.

Terdahulu, lelaki terbabit ditahan di ibu pejabat SPRM pada jam 1.15 tengah hari ketika tampil memberi keterangan. Susulan itu, akaun peribadiny­a dan keluarga yang berjumlah hampir RM1 juta turut dibekukan SPRM.

 ??  ?? Keratan BH semalam
Keratan BH semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia