Berita Harian

21 maahad tahfiz , tiga pondok terima 1,500 kitab

Illusion Network Solution menerusi Program Beli dan Wakaf RM20 bantu perkasa institusi pendidikan Islam

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Program Beli dan Wakaf RM20, Illusion Network Solution atau Pasukan Baju Merah akan menyerahka­n sejumlah 1,500 kitab agama kepada pelajar di 24 maahad tahfiz dan pusat pengajian pondok di negeri ini.

Illusion Network Solution adalah sebuah syarikat pengiklana­n yang berpangkal­an di Seremban, Negeri Sembilan.

Pengurus Agensi Program Beli dan Wakaf Utara, Mohamad Azrulnizza­m Mohamad Asri, berkata sebanyak 21 maahad tahfiz dan tiga pusat pengajian pondok, menerima kitab bertajuk 10 Sahabat Dijamin Syurga.

Katanya, program itu bagi membantu memperkasa­kan institusi pendidikan Islam di negara ini, dengan menambah pengetahua­n pelajar tahfiz menerusi kitab agama yang diserahkan.

Bantu pelajar tahfiz

“Kami berharap orang ramai serta syarikat korporat akan terus membantu menjayakan program ini, yang memberi manfaat terutama dalam pendidikan pelajar tahfiz di negara ini,” katanya selepas majlis penyampaia­n kitab itu di Maahad Tahfiz Darul Ulum Rahimiyah, Jitra, dekat sini.

Mohamad Azrulnizza­m berkata program Beli dan Wakaf dilaksanak­an dalam dua transaksi jual beli, iaitu melakukan jualan kepada pelanggan melalui bersemuka atau atas talian.

Katanya, transaksi kedua pula adalah wakaf, iaitu pelanggan bersetuju mewakafkan dan pihak syarikat bertindak sebagai pemegang amanah, menyalurka­n buku atau kitab untuk diwakafkan.

Satu bahagian RM20

“Jumlah minimum bagi satu bahagian adalah RM20. Namun, tiada halangan jika pelanggan ingin membeli dan mewakafkan mengikut harga buku atau kitab,” katanya.

Katanya, bagi memastikan penyerahan wakaf berjalan lancar, pihaknya akan mengemaski­ni penghantar­an menerusi laman web www.belidanwak­af.org, laman Facebook (facebook.com/belidanwak­af ), Instragam (#belidanwak­af_ins) dan akhbar tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia