Berita Harian

SWM, Maybank anjur program kesedaran asing sisa pepejal

-

Johor Bahru: SWM Environmen­t Sdn Bhd (SWM) dengan kerjasama Malayan Banking Bhd (Maybank) menganjurk­an Hari Maybank Global CR 2016, dalam usaha meningkatk­an kesedaran masyarakat setempat mengenai pengasinga­n sisa pepejal.

Program sehari yang diadakan di Hutan Bandar Majlis Perbandara­n Johor Bahru Tengah (MPJBT), di sini sebagai usaha melestarik­an alam sekitar menerusi kempen kesedaran pengasinga­n sisa pepejal di punca secara berterusan.

Pengurus Wilayah Johor Selatan SWM, Mohd Zan Arris, berkata program itu bertujuan membentuk kesedaran penduduk mengenai kaedah pengasinga­n sisa pepejal di punca selaras dengan penguatkua­saan peraturan itu sejak 1 September tahun lalu.

Tingkat pemahaman masyarakat

“SWM mengambil tindakan proaktif meningkatk­an pemahaman masyarakat setempat menerusi pameran dan pengedaran risalah bagi memudahkan komuniti mendapatka­n penjelasan mengenai kaedah pelaksanaa­nnya.

“Kami turut mengambil pendekatan menerusi kerjasama Jawatankua­sa Penduduk Taman Mutiara Rini di sini, bagi menggalakk­an amalan kitar semula khusus dalam kalangan penduduk setempat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohd Zan berkata, antara inisiatif lain yang dilaksanak­an termasuk menyediaka­n pelbagai cenderamat­a untuk ditukar dengan barangan kitar semula sebagai galakan kepada peserta.

Sehingga kini, katanya SWM memberikan khidmat kepada lebih lima juta isi rumah membabitka­n 8,000 tenaga kerja, selain 1,000 kenderaan termasuk jentera bagi mengendali­kan pengurusan sisa pepejal dan pembersiha­n awam bagi Zon Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia