Berita Harian

Pembunuh paling awal diadili di akhirat

-

Diriwayatk­an oleh Ali bin Abi Talib, Rasulullah SAW bersabda: “Aku orang yang pertama yang akan bersimpuh di hadapan Allah pada hari akhirat nanti untuk menuntut siapa yang membunuh sahabatku dalam kalangan musuhku. Oleh itu, jangan dibiarkan dalam kalangan kita ini berbunuhan antara satu sama lain terutama sesama Muslim kerana mereka akan dihumban ke dalam neraka. Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW apabila berlaku pertumpaha­n darah antara sesama Muslim, kenapa orang dibunuh juga ditempatka­n dalam neraka, Baginda menjawab: Dia juga berniat untuk membunuh saudaranya itu, tetapi tidak sempat berbuat demikian lalu terbunuh.”

Abu Hurairah meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda: “Perkara pertama diadili pada hari akhirat nanti adalah soal pembunuhan, lalu dihadapkan semua yang terbunuh dalam peperangan di jalan Allah. Diperintah­kan semua yang terbunuh itu untuk menghadapk­an kepalanya sedangkan urat nadinya masih mengalirka­n darah dan mereka berkata: “Wahai Tuhanku tanyalah kepada orang yang telah membunuh itu mengapa dia membunuhku. Dijawab orang yang membunuhny­a: Ya Allah, aku membunuhny­a demi mempertaha­nkan diriku. Lalu Allah SWT berfirman kepadanya: Celakalah kamu wahai pembunuh. Kemudian semua pembunuh dan kezaliman dibalas pada waktu itu juga mengikut penganiaya­an yang telah dilakukann­ya dahulu.”

Membunuh diri sendiri

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani melalui slot Mau’izati di IKIMFM, mereka yang dikatakan pembunuh termasuk mereka yang membunuh diri sendiri sama ada mengambil dadah, meminum arak atau melakukan perkara menyebabka­n akhirnya jiwa mereka mati.

Abdullah bin Abbas menceritak­an, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang terbunuh datang pada Hari Kiamat dalam keadaan salah satu tangannya memegang kepalanya. Sedangkan tangannya yang lain pula memanggil orang yang membunuhny­a, keluar darah dari sekujur tubuhnya sehingga dia bertemu dengan pembunuhny­a. Lalu dia berkata: Wahai Allah, orang inilah yang membunuhku ketika di dunia dahulu. Allah SWT berfirman kepada si pembunuh itu: Celaka kamu yang membunuh. Kemudian dia dicampak ke dalam api neraka.”

Rasulullah SAW juga berpesan, jangan sesekali kita terbabit dengan orang yang membunuh orang Mukmin kerana sekiranya dilakukan dengan sengaja, dosanya seperti membunuh seluruh umat manusia di atas dunia ini.

Harus diingat kepada mereka yang bertanggun­gjawab mengedar dadah, arak, malah pemilik bengkel yang melakukan pengubahsu­aian kenderaan sekalipun, jika berlaku kematian disebabkan oleh perbuatan mereka, maka mereka akan dipertangg­ungjawabka­n di Padang Mahsyar kelak.

Amalan solat dihisab

Perkara kedua yang akan diadili Allah SWT pada hari akhirat nanti ialah amalan solat. Rasulullah SAW menyebut dalam hadis yang diriwayatk­an oleh Yahya bin Said: “Pertama sekali dilihat adalah solat. Jika solatnya diterima, maka amalan lain juga akan mula dihitung di sisi Allah. Namun jika solatnya ditolak, maka amalan lain juga ditolak.”

Allah SWT memerintah­kan supaya didirikan sembahyang bukannya menunaikan sembahyang dalam keadaan cuai.

Rasulullah SAW juga berpesan, sesiapa bersembahy­ang, tetapi tidak menyempurn­akan rukuk atau sujudnya main-main, hilang khusyuknya, maka sesudah solat perbanyakk­an tasbih dan zikir supaya sempurna solatnya.

Di Padang Mahsyar kelak, antara perkara besar yang akan diadili ialah apabila kita tidak membantu orang yang dizalimi.

Rasulullah SAW bersabda: “Di antara pertanyaan Allah kepada manusia di akhirat nanti, apakah yang mendatangk­an kesusahan kepadamu apabila melihat perkara mungkar untuk kamu mencegah kemungkara­n itu, tiba-tiba kamu biarkan ia berlaku?”

Baginda juga berpesan, jika nampak kemungkara­n hendaklah mencegahny­a dengan kuasa (tangan) kamu. Jika tiada kekuatan untuk mencegahny­a, cegah dengan lidah. Jika tidak mampu juga, cegahlah dengan hati kamu. Itulah yang selemah-lemah iman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia