Berita Harian

Panduan beri calon kelebihan

Seminar bantu pelajar mempersiap diri hadapi peperiksaa­n sebenar

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Tunjuk ajar oleh guru cemerlang yang dibawa oleh BH memberi kelebihan kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Guru Bahasa Inggeris sekolah itu, Hazura Abdul Aziz, berkata murid-muridnya mendapat pendedahan baharu daripada guru sekolah lain menerusi Seminar UPSR BH Didik tajaan UEM Sunrise.

Beliau berkata, pendedahan mengenai topik yang kerap keluar dalam peperiksaa­n menjadi nilai tambah kepada murid untuk mengulang kaji pada saat-saat akhir.

“Penceramah daripada BH memberi pelbagai pendekatan berbeza yang memudahkan murid untuk menjawab soalan.

“Murid-murid saya perlu mendapat maklumat tambahan supaya mereka lebih yakin untuk menjawab soalan dan menguasai dengan teknik baharu yang diajar oleh penceramah BH,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Empat mata pelajaran

Seminar dua hari membabitka­n empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, berlangsun­g di Kirkby Internatio­nal College.

Seminar diadakan dengan kerjasama itu bagi membantu murid mempersiap diri menghadapi peperiksaa­n UPSR.

Sementara itu, murid Tahun Enam, Nurul Farahnatas­ha Ahmad Hijad, mengakui gembira menyertai seminar berkenaan yang banyak memberi pendedahan mengenai pelbagai kaedah menjawab soalan.

“Banyak panduan yang dikongsika­n dan saya akan gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin untuk digunakan pada peperiksaa­n nanti,” katanya.

Rakannya, Nifael Mirza Narulbasha­h, berkata penyampaia­n penceramah yang menarik memudahkan­nya memahami topik sukar dalam sesuatu subjek.

“Saya mendapat banyak teknik untuk menjawab soalan subjek Matematik,” katanya.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Sebahagian daripada calon UPSR di Cyberjaya pada Seminar UPSR tajaan UEM Sunrise.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Sebahagian daripada calon UPSR di Cyberjaya pada Seminar UPSR tajaan UEM Sunrise.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia