Berita Harian

Kajian perubatan Melayu ‘terencat’

Dakwaan naskhah penuh catatan mantera bomoh punca ilmu dipandang rendah

- Oleh Siti Haliza Yusop

Silap faham terhadap naskhah perubatan Melayu yang hanya mengandung­i catatan mantera bomoh dan pawang sehingga dianggap tidak memiliki ilmu menyebabka­n khazanah itu tidak digali sepenuhnya.

Ketiadaan kajian mendalam menjadi punca ilmu perubatan Melayu dipandang rendah sedangkan ia mempunyai persamaan dengan ilmu perubatan Islam yang dikembangk­an oleh tokoh ilmuwan terkenal seperti Ibnu Sina.

Pengkaji kesusaster­aan Melayu tradisiona­l, Dr Harun Mat Piah, berkata tulisan perubatan dalam khazanah Melayu cukup baik dan tidak banyak perbezaan dengan ilmu perubatan Islam yang terawal dari Yunani serta Arab.

Beliau berkata, antara ilmu perubatan Melayu terawal yang diketahui dicatatkan oleh ulama terkenal dari zaman Kesultanan Acheh, iaitu Sheikh Nuruddin arraniri hampir 400 tahun lalu.

Salah faham perubatan Melayu

“Ilmu perubatan Melayu pada zaman itu diterima daripada ulama Islam seperti dilakukan oleh Sheikh Nuruddin ar-raniri apabila menyampaik­an ilmu itu dengan sokongan al-quran dan hadis.

“Malahan ada buku yang ditulis mengenai ilmu perkasian oleh bijak pandai dulu dilengkapi dengan sandaran nas.

“Bagaimanap­un, salah faham mengenai perubatan Melayu yang dikatakan hanya mengandung­i mantera menyebabka­n kajiannya terbengkal­ai sedangkan terdapat 120 kitab Tib di seluruh dunia termasuk lebih 50 manuskrip disimpan di Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM),” katanya di Klasika Media, Bandar Seri Putra di sini.

Naskhah terbitan Baytul Hikma dengan kerjasama Klasika Media itu diterjemah­kan oleh Naseer Sobree dengan merujuk kepada salinan manuskrip oleh Jami’at al-duwal al-arabiyyah daripada Maktabat Ahmad III dan empat manuskrip oleh Manuela Marin dan David Waines, Ibn Sina on Sakanjabin.

Harun berkata, beliau menemui banyak persamaan dan pertembung­an persoalan yang diangkat melalui Oximel dalam kitab perubatan Melayu.

Katanya, formula perubatan berasaskan cuka dan madu yang diperkenal­kan Ibnu Sina turut wujud dalam perubatan Melayu meskipun pengetahua­n dimiliki mengenainy­a tidak sistematik.

“Penggunaan cuka dan madu dalam perubatan Melayu bukanlah sesuatu yang asing, malah sudah digunakan sejak zaman awal misalnya untuk penyakit kepialu.

“Persoalan unsur tanah, air, api dan angin serta sejuk, panas, basah dan kering yang turut dibangkitk­an ilmuwan Islam itu juga terdapat dalam hampir semua kitab tib yang bukan saja merujuk kepada asal penyakit malah kejadian manusia,” katanya.

Tidak disusun dengan baik

Beliau berkata, ia menunjukka­n tradisi Melayu rapat dengan konsep dan subjek yang dibicaraka­n oleh Ibnu Sina, tetapi malangnya kitab perubatan Melayu tidak disusun dengan baik.

“Ada kitab perubatan Melayu yang menyebut mengenai pelbagai perkara mengenai penyakit dan kemudian memasuki bab ilmu jimak dan seterusnya ilmu membuat rumah.

“Mungkin perlu diadakan satu sistem yang mengambil garis kasar seperti dikemukaka­n dalam Oximel,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia