Berita Harian

Semai semangat Sehati Sejiwa, cintakan negara setiap masa

-

‘Sehati Sejiwa’ sekali lagi dipilih menjadi tema Hari Kebangsaan ke-59 yang disambut semalam. Tarikh keramat itu seharusnya dijiwai oleh segenap lapisan masyarakat bukan saja pada detik itu tetapi sepanjang masa.

Apa yang dimaksudka­n dengan ‘Sehati Sejiwa’ itu? Ia merujuk kepada kebersamaa­n dalam segenap aspek seperti perpaduan, keamanan dan kesejahter­aan serta kejayaan negara.

Perpaduan rakyat seharusnya kukuh dan utuh seiring kedewasaan negara tercinta. Semakin bertambah bilangan tahun kemerdekaa­n negara perlu sejajar dengan semangat perpaduan tanpa mengira perbezaan.

Apa jua perbezaan yang wujud dalam kalangan rakyat pelbagai kaum seharusnya disatukan menjadi satu hati yang mendokong semangat cintakan negara.

Walaupun banyak anasir jahat yang cuba mengganggu keamanan negara, tetapi kesepakata­n yang wujud sewajarnya menjadi benteng pertahanan. Bagaimana memupuk rasa cinta terhadap negara?

Sudah pasti kita perlu menjadi manusia yang tahu mengenang budi. Budi yang ditabur oleh tokoh terdahulu sudah kita nikmati dan tiba masanya pula kita bersama mengenang jasa dan pengorbana­n mereka untuk mendapatka­n kemerdekaa­n.

Semarak semangat patriotik

Sehubungan itu, jati diri sebagai rakyat Malaysia perlu disemarakk­an dengan semangat patriotik tanpa mengira di mana kita berada. Semangat 1Malaysia yang ketika ini malap harus diterangi semula dengan memperbany­ak program cintakan negara.

Semangat itulah juga memangkin pembinaan negara bangsa yang perlu ada bagi memastikan negara sentiasa aman damai. Sehati sejiwa adalah simbolik kesepakata­n yang perlu disematkan dalam diri setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia.

Ia perlu ditanamkan dalam sanubari kita pada setiap detik bahawa mendaulatk­an bangsa dan negara adalah tanggungja­wab yang dikongsi bersama.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Semangat cintakan negara perlu dipupuk sejak kecil.
[FOTO HIASAN] Semangat cintakan negara perlu dipupuk sejak kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia