Berita Harian

Penguatkua­saan tegas tangani lambakan peniaga asing

-

Lambakan peniaga asing di ibu kota bukanlah perkara baharu tetapi isu ini sudah berpanjang­an seolah-olah tiada kesudahan. Pelbagai aduan dan laporan dibuat sama ada di media elektronik mahu pun cetak, tetapi ia tetap juga berlaku.

Kehadiran warga asing sama ada Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Rohingya semakin bertambah dan menguasai ibu kota. Kelemahan penguatkua­saan menyebabka­n mereka terus bertapak kukuh dan menguasai satu-satu kawasan hinggakan kawasan tersebut dibanjiri oleh mereka.

Keadaan ini menjadikan mereka semakin berani dan tidak gentar dengan undang-undang negara. Sikap acuh tak acuh warga tempatan dengan kehadiran mereka, serta bersikap tidak ambil kisah menggalakk­an lagi aktiviti mereka.

Bukti jelas dan nyata, Chow Kit dulu peniaganya terdiri daripada peniaga tempatan tetapi hari ini lokasi ini dibanjiri dan dikuasai peniaga Indonesia.

Kebimbanga­n terhadap isu yang semakin parah ini mendapat perhatian dan disuarakan oleh bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Dr Suleiman Mohammad.

Beliau bertanya, bagaimana warga asing ini boleh memperoleh lesen berniaga secara berleluasa seolah-olah tiada langsung sekatan oleh pihak bertanggun­gjawab.

Mudah dapat lesen

Mereka begitu mudah mendapatka­n lot kedai yang disewa oleh warga tempatan berbanding dengan penduduk tempatan sendiri yang amat memerlukan lot kedai itu.

Menurut beliau lagi, keadaan ini akan menjadi kronik sekiranya pegawai penguatkua­saan tidak melaksanak­an undang-undang dengan berintegri­ti kerana boleh mengundang kepada amalan rasuah.

Justeru itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memperkasa­kan undang-undang sebelum keadaan menjadi lebih parah. Kerisauan dan kerunsinga­n terhadap isu ini turut mendapat perhatian daripada bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur (1981-1992), Tan Sri Elyas Omar.

Menurut beliau, pembabitan warga asing dalam sektor perniagaan ini berpunca daripada tindakan peniaga tempatan yang mengalibab­akan lesen perniagaan mereka kepada warga asing.

Sikap tamak peniaga tempatan yang mahu keuntungan segera menjadikan mereka sanggup memajak lesen sendiri kepada warga asing.

Tambah beliau lagi, DBKL perlu bangkit melaksanak­an penguatkua­saan secara tegas. Jika tidak lambakan peniaga asing ini akan mendatangk­an perkara yang tidak diingini baik dari segi ekonomi, sosial dan sebagainya.

Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mempertaha­nkan hak rakyat kita. Biarlah peluang ini dinikmati oleh warga kota kita sendiri dan bukannya diagih kepada orang yang bukan berhak.

Pihak berwajib seperti DBKL, Imigresen, SPRM dan Kementeria­n Wilayah perlu turun padang dan buat serbuan menyeluruh dan berkala serta mengambil tindakan sewajarnya.

Tarik balik lesen

Tarik balik lesen dengan mengenakan tindakan undang-undang ke atas peniaga yang menyewa lot kedai mereka kepada peniaga asing. SPRM juga wajar menyiasat bagaimana lot kedai kepunyaan peniaga tempatan ini boleh dipajak kepada peniaga asing tanpa diambil tindakan oleh DBKL.

Penguatkua­sa terutama DBKL harus disiasat kerana membiarkan perkara ini terus berlaku. Jangan biarkan kakitangan perkhidmat­an awam terus dinodai dengan amalan rasuah yang mencalar golongan ini dengan kes yang saban hari terpampang di akhbar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia