Berita Harian

Singapura ‘berperang’ basmi nyamuk

Wanita hamil ada gejala Zika digesa jalani ujian, AS dan Britain keluar nasihat perjalanan

-

Republik ini menggesa semua wanita hamil yang menunjukka­n tanda demam atau ruam menjalani pemeriksaa­n virus Zika semalam selepas jumlah kes di ibu kota ini meningkat kepada 115 termasuk seorang wanita hamil.

Amerika Syarikat (AS) dan Britain menyertai Australia dan Taiwan, menasihatk­an wanita hamil mengelak mengunjung­i republik itu jika tiada keperluan.

Pekerja agensi alam sekitar meningkatk­an usaha memusnahka­n tempat pembiakan nyamuk yang menyebarka­n Zika, melanjutka­n kempen pengasapan berpu sat di “tapak utama” wabak itu di pinggir timur Aljunied.

Ketika jangkitan meningkat, mereka menyerbu daerah gudang dan bangunan industri di Kallang Way bagi membasmi tapak pembiakan yang membantu penularan wabak, bermula di tapak pembinaan menempatka­n buruh asing.

24 kes baharu

Satu lagi kawasan berhampira­n, Paya Lebar Way, juga disembur dengan racun membunuh nyamuk. Kementeria­n Kesihatan berkata, sebagai tambahan kepada 24 kes baharu Zika, sembilan dikesan dalam ujian terdahulu.

Zika, yang dikesan di 58 negara termasuk Brazil, paling terjejas, menunjukka­n gejala sederhana kebanyakan pesakit, seperti demam atau ruam, namun di kalangan wanita hamil, ia menyebabka­n mikrosefal­i, bayi lahir berkepala kecil.

Kementeria­n berkata, “semua wanita hamil di Singapura dengan gejala Zika, demam dan ruam serta gejala lain seperti mata merah atau sakit sendi” perlu diuji untuk jangkitan itu.

Wanita hamil bersama pasangan lelaki yang diuji positif juga diarah mengunjung­i doktor mereka.

“Kami menasihatk­an wanita hamil mengambil langkah amat berhatihat­i terhadap gigitan nyamuk dan mendapatka­n rawatan perubatan segera jika menunjukka­n gejala,” katanya lewat kelmarin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia