Berita Harian

11 maut, tragedi Taufan Lionrock

Mayat 9 warga emas ditemui terbenam dalam lumpur di Jepun

-

l

Peningkata­n paras air banjir dan lumpur dibawa taufan ganas menyebabka­n sembilan orang maut di rumah kebajikan warga emas di Jepun, semalam selepas ribut ketiga dalam tempoh dua minggu membadai negara itu.

Mayat mangsa ditemui dalam kompleks penjagaan tepi sungai, separa tenggelam dalam lumpur, pokok tercabut dan runtuhan selepas Taufan Lionrock membadai rantau itu, membawa hujan lebat di sebahagian besar kawasan.

Rakaman stesen penyiar kerajaan NHK menunjukka­n sebuah helikopter berlegar-legar di atas bangunan itu di Iwaizumi, terletak di kepulauan Honzhu, ketika penyelamat cuba menarik penduduk terkandas ke tempat selamat.

Seorang pegawai bencana daerah berkata, sembilan warga emas maut akibat lumpur yang membanjiri kemudahan itu.

Bangunan untuk pesakit nyanyuk

“Sungai Omoto banjir dan ia bercampur dengan lumpur, pokok dan runtuhan yang mengalir deras ke kompleks bangunan, menambah sembilan orang “tertimbus dalam lumpur dalam kemudahan itu,” katanya.

Kesemua sembilan mangsa adalah penghuni dalam bangunan itu.

Laporan media berkata, bangunan itu dikhususka­n untuk warga emas menghidap dementia (nyanyuk) dan tambahan 86 penghuni warga emas dan kakitangan berada di kemudahan lain ketika itu.

Jurucakap polis daerah Iwate, Shuko Sakamoto berkata, pihaknya sedang cuba mengesahka­n identiti mayat mangsa.

Agensi Pengurusan Bencana dan Bomba berkata, angka kematian akibat ribut ganas itu meningkat kepada 11 orang selepas seorang wanita tua ditemui mati di rumahnya yang dibanjiri air berhampira­n, serta satu lagi mayat ditemui tidak jauh dari rumah kebajikan itu.

Taufan Lionrock membawa angin dengan kelajuan 160 kilometer sejam membadai utara Jepun petang kelmarin, membawa hujan lebat sehingga menyebabka­n banjir serta memutuskan bekalan elektrik.

Pasukan Bantuan Perubatan Bencana Jepun menghantar penyelamat ke Iwaizumi.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Operasi menyelamat penduduk yang terkandas di sebuah bangunan di Iwaizumi, semalam.
[ FOTO EPA ] Operasi menyelamat penduduk yang terkandas di sebuah bangunan di Iwaizumi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia