Berita Harian

Perancang utama IS maut dalam serangan udara AS

-

Beirut: Seorang daripada pemimpin tertinggi militan IS, Abu Mohamed al-adnani, digelar Amerika Syarikat (AS) sebagai ‘perancang utama’ serangan kumpulan itu di Barat dilaporkan terbunuh di Syria, menurut kumpulan pelampau itu.

AS berkata, tentera pakatan menjalanka­n serangan udara menyasarka­n Adnani di wilayah Aleppo kelmarin dan mereka masih menilai hasil serbuan itu, namun kematianny­a dianggap tamparan hebat kepada IS.

Seorang daripada individu IS paling dikenali, Adnani sering menggesa pengikutny­a melakukan serangan bersendiri­an ke atas orang awam menggunaka­n senjata termasuk pisau dan malah kenderaan seperti berlaku di Nice 14 Julai lalu, apabila pelampau memandu trak merempuh orang ramai sedang berpesta, meragut 86 nyawa.

Agensi berita IS, Amaq berkata, Adnani ‘mati

Nama sebenar Taha Subhi Falaha, 39

Lahir di Binnish, wilayah Idlib, Syria

Ketua operasi luaran IS syahid ketika meninjau operasi menangkis kempen ketenteraa­n di Aleppo’, berikrar membalas dendam terhadap kematianny­a.

Galak serangan bersendiri­an

Di Washington, jurucakap Pentagon, Peter Cook berkata, Adnani ‘berkhidmat sebagai perancang utama operasi dalaman dan bertindak sebagai ketua jurucakap ISIL,” menggunaka­n nama lain kumpulan itu.

“Dia menyelaras pergerakan pejuang ISIL, secara terus menggalakk­an serangan bersendiri­an ke atas orang awam dan anggota tentera serta aktif merekrut anggota baharu ISIL,” katanya.

Adnani, yang memiliki ganjaran sebanyak AS$5 juta (RM20.31 juta), berasal dari wilayah barat Syria, Idlib dan menyertai pergerakan pelampau di Iraq di mana dia pernah berkhidmat dengan bekas pemimpin Al-qaeda, Abu Musab al-zarqawi.

 ??  ?? Abu Mohamed al-adnani
Abu Mohamed al-adnani
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia