Berita Harian

Murray, Serena mudah lepasi halangan awal

-

New York: Juara Wimbledon, Andy Murray dan Serena Williams melangkah ke pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat apabila bintang itu memulakan saingan di gelanggang Stadium Arthur Ashe, semalam.

Serena, melancarka­n bidaan untuk merekodkan sejarah baru, bermula hebat dan melakar kejayaan 6-3, 6-3 ke atas pemain ranking ke-29 dunia, Ekaterina Makarova.

Pemain nombor satu dunia dari Amerika Syarikat itu tampil hebat selepas mengalami kecederaan bahu kanannya yang menyebabka­n dia mengalami prestasi suram selama beberapa minggu, melakukan sedozen ace dan 27 kemenangan keseluruha­n dalam perlawanan 63 minit itu.

Idam rekod baharu

“Saya tahu hari ini saya perlu fokus kerana saya bermain menentangn­ya. Dia pernah ke separuh akhir. Dia mara jauh dalam kejohanan utama,” kata Serena mengenai pemain kidal dari Russia yang menewaskan­nya pada pusingan keempat Terbuka Australia 2012.

“Dia tahu bagaimana untuk bermain dalam perlawanan besar di gelanggang yang besar. Dia tidak takut. Saya tahu saya perlu bermain bersungguh-sungguh hari ini. Ia adalah satu-satunya pilihan sebenarnya.”

Sementara Serena bergelut dengan kecergasan­nya sejak Wimbledon, Murray yang memburu gelaran kedua di kelab All England selepas kejayaan mempertaha­nkan pingat emas di Olimpik Rio.

Mahu muncul sebagai pemain keempat di Era Terbuka untuk memenangi empat final kejohanan utama dalam satu tahun, Murray juga menampilka­n persembaha­n servis yang menyerlah dengan kejayaan 6-3, 6-2, 62 ke atas pemain Czech, Lukas Rosol.

 ??  ?? Serena Williams
Serena Williams

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia