Berita Harian

Peluang China bukti kemampuan

Bakal berdepan Korea Selatan hari ini sambil berharap layak ke Russia 2018

-

Seoul

Csepak di seluruh dunia, kini semakin hampir untuk ke Piala Dunia Russia. Dua pasukan teratas dalam dua kumpulan Asia yang masing-masing merangkumi enam negara akan layak ke Piala Dunia manakala penghuni tangga ketiga bakal berdepan sesama sendiri untuk beraksi dalam perlawanan playoff.

China baharu sekali mara ke Piala Dunia iaitu pada tahun 2002 namun mereka sudah mempunyai sasaran tersendiri untuk menjadi tuan rumah dan juga menjuarai kejohanan.

Bagaimanap­un, untuk langkah awal mereka perlu menewaskan Korea Selatan yang sudah pun sembilan kali berada di pentas Piala Dunia – dan hanya tewas sekali kepada China dalam tempoh 30 tahun lalu.

Jurulatihn­ya, Gao Hongho berkata, akan mengambil semangat daripada pasukan bola tampar wanita mereka yang menewaskan Serbia untuk meraih pingat emas di Sukan Olimpik Rio, bulan lalu.

Tidak pandang remeh

“Semua orang yang berada dalam bola sepak Korea fikir yang bola sepak China kekurangan semangat dan mudah mengalah,” kata Gao.

“Namun, saya berharap kali ini kami dapat menonjolka­n peningkata­n daripada sudut ini. Pasukan bola tampar China memenangi pingat emas Olimpik biarpun selaku underdog di Rio. Mereka bertarung dengan penuh solidariti dan menyedari potensi yang mereka miliki.

“Mereka adalah contoh terbaik buat kami dan kami sangat inspirasi dengan mereka. Sekarang, tiba giliran kami untuk menonjol.”

Sementara itu, jurulatih Korea, Uli Steilike enggan terlalu memandang remeh kemampuan China pada pertemuan yang dijadual berlangsun­g di Stadium Piala Dunia Seoul itu.

“Tidak ada pasukan yang mudah di pusingan final. Ranking China dalam carta FIFA sudah meningkat dan mereka adalah sebuah pasukan yang kompetitif,” kata Steilike.

 ??  ??
 ??  ?? Pemain China menjalani latihan di Stadium Sangam Seoul, menjelang perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia Asia, hari ini.
Pemain China menjalani latihan di Stadium Sangam Seoul, menjelang perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia Asia, hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia