Berita Harian

Griezmann minta rakan Les Bleus bersatu

-

Paris: Antoine Griezmann mahu Perancis melupakan kekecewaan pada kempen Euro 2016 dan kembali bersatu bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018.

Skuad Les Bleus tewas 01 di tangan Portugal aksi final tetapi Griezmann dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan meledak enam gol selain turut dinamakan sebagai pemain terbaik.

Walaupun menjadi buruan kelabkelab gergasi Eropah, Griezmann mahu kekal bersama Atletico Madrid dan kini sudah bersedia untuk menjadi watak utama untuk skuad Perancis bagi menghadapi aksi antarabang­sa seterusnya.

Perancis akan menentang Itali dalam aksi persahabat­an, awal pagi esok sebelum bertemu Belarus untuk kempen kelayakan Piala Dunia, Rabu depan.

“Saya fikir kami perlu melupakan mengenai Euro. Ia sesuatu yang menarik, ia berlangsun­g di Perancis tetapi kami perlu memandang ke hadapan.

“Kami perlu fikir mengenai Piala Dunia, ia adalah matlamat utama kami. Ia bukan disebabkan kami mara ke final Euro, jadi kami perlu layak ke Piala Dunia.

Varane, Koscielny bergabung

“Ia lebih kepada mentaliti kemenangan yang perlu ada dalam setiap fikiran pemain untuk setiap perlawanan,” kata Griezmann.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamp kembali mendapatka­n khidmat tonggak pertahanan tengah Real Madrid, Raphael Varane yang terpaksa diketepika­n ketika kempen Euro kerana masalah kecederaan paha.

Varane dijangka berganding­an bersama pemain Arsenal, Laurent Koscielny di bahagian pertahanan dan Griezmann teruja melihat pemain berusia 23 tahun itu kembali dalam skuad Perancis.

“Kehadiran semula Varane adalah sesuatu yang bagus untuk kami, kami memerlukan pemain pertahanan yang baik seperti dia,” katanya.

Perancis diletakkan dalam Kumpulan A bersama Belanda, Sweden, Bulgaria, Luxembourg dan Belarus.

 ??  ?? Griezmann
Griezmann

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia