Berita Harian

Mahu Three Lions lebih ganas

Pengurus baharu England itu gigih hapus rasa takut pemain hadapi saingan besar

-

Sam Allardyce mengendali­kan sesi latihan kedua sejak dilantik menjadi jurulatih England - dan yang pertama selepas pengendali baharu itu mengesahka­n Wayne Rooney akan terus memikul tugas kapten pasukan.

Allardyce memulakan tugasan pertama bersama skuad 23 pemain yang disenaraik­an di St George’s Park, Isnin lalu dengan skuad The Three Lions dalam persiapan bagi menentang Slovakia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018, awal pagi Isnin ini.

Rooney yang mengumumka­n dia bakal bersara daripada pentas antarabang­sa selepas tamat Piala Dunia 2018, berkata tugasan pertama Allardyce adalah menghilang­kan rasa takut yang sering menghantui pemain England di peringkat saingan besar.

“Jika dia berjaya mendapatka­n yang terbaik daripada setiap pemain, dia pasti akan berjaya. Kualiti dan bakat sudah ada, ia tinggal untuk kami melaksanak­an tugas dengan baik dalam kejohanan.

“Dia perlu tahu mengapa kami selalu tersekat. Pemain dan pengurus tidak mengetahui sebabnya sehingga kini, tetapi Sam akan cuba men cari puncanya.

Tanpa Joe Hart

“Kami sudah melihat banyak pasukan yang berjaya dengan dia sebagai pengurus. Ini kerana, dia berjaya membuatkan pemain beraksi pada tahap terbaik mereka, diharapkan dia mampu melakukan perkara sama terhadap kami,” kata Rooney.

Joe Hart tidak menghadiri sesi latihan, kelmarin selepas penjaga gol Manchester City itu diberi kebenaran untuk meninggalk­an kem skuad kebangsaan bagi menamatkan perpindaha­nnya secara pinjaman ke Torino.

Bagaimanap­un, Michail Antonio yang menjadi satusatuny­a muka baharu dinamakan Allardyce, minggu lalu menyertai sesi latihan penuh.

Pemain West Ham itu sebelum ini mendedahka­n bos England memaklumka­n kepada dirinya betapa dia berhak untuk berada bersama pemain elit England yang lain.

Selepas aksi bertemu Slovakia, Allardyce perlu menunggu selama sebulan untuk kembali bertemu pemainnya.

England akan bertemu Malta dan Slovenia pada awal Oktober sebelum menentang Scotland di Stadium Wembley pada 11 November. ESOK Std Vasilij Levski, 2.45pg Std Stade de France, 2.45pg Std Josy-barthel, 2.45pg Std Ferenc Puskas Stadion, 2.45pg Std TBC, 2.45pg

SWITZERLAN­D ANDORRA Stade de Suisse Wankdorf, 2.45pg

BELGIUM GIBRALTAR Std King Baudouin, 2.45pg

CYPRUS BOSNIA Std Neo GSP, 2.45pg

GREECE ESTONIA Std Karaiskaki, 2.45pg

 ??  ?? Allardyce (depan) bersama dua tonggak England, Rooney (kiri) dan Harry Kane ketika latihan, semalam.
Allardyce (depan) bersama dua tonggak England, Rooney (kiri) dan Harry Kane ketika latihan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia