Berita Harian

Chong Wei buru gelaran keenam

-

Kuala Lumpur: Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei sudah melupakan kekecewaan gagal meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Rio 2016 yang berakhir, minggu lalu.

Pemain nombor satu dunia itu menegaskan dia kini fokus terhadap persiapan bagi memburu gelaran keenam pada saingan Terbuka Jepun yang berlangsun­g pada 20 hingga 25 September ini.

Chong Wei, 34, sudah kembali menjalani latihan sejak Isnin lalu dan kini dalam proses untuk mendapatka­n kembali tahap kecergasan­nya selepas berehat selama seminggu sejak kembali dari Rio de Janeiro, Brazil.

“Sekarang saya sudah mula untuk persiapan menghadapi Terbuka Jepun. Sekarang fokus adalah mendapatka­n semula tahap kecergasan.

“Saya tidak mahu fikir lagi mengenai Olimpik, selepas dua bulan lebih membuat persiapan menghadapi Olimpik, semua sudah tahu keputu- sannya. Kita perlu terima keputusan ini dan kehidupan perlu diteruskan,” kata Chong Wei ketika ditemui selepas sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, semalam.

Jumpa Boonsak

Chong Wei gagal kali ketiga dalam misi memburu pingat pertama buat kontinjen Malaysia apabila tewas kepada bintang sensasi China, Chen Long dalam aksi final biarpun sehari sebelum itu dia menumbangk­an musuh tradisinya, Lin Dan di pentas separuh akhir.

Pemain kelahiran Bagan Serai, Perak itu turut memenangi perak pada Olimpik Beijing 2008 dan London 2012.

Tampil sebagai pilihan pertama, Chong Wei akan membuka tirai saingan Terbuka Jepun menentang pemain Thailand, Boonsak Ponsana.

Sebagai rekod, Chong Wei sudah lima kali menjuarai Terbuka Jepun bermula pada 2007, 2010, 2012, 2013 dan 2014.

 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH ] ?? Chong Wei (kanan) bersama atlet negara melambai tangan kepada orang ramai ketika perarakan perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-59 di Dataran Merdeka, semalam.
[ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH ] Chong Wei (kanan) bersama atlet negara melambai tangan kepada orang ramai ketika perarakan perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-59 di Dataran Merdeka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia